Translate

30 June 2014

Hasrat seorang suami, untuk menyambut kedatangan Ramadan bersama isteri tercinta tidak kesampaian

Hasrat Puasa Bersama Isteri Tak Kesampaian

Foto: Sinar HarianFoto: Sinar HarianKUANTAN: Hasrat seorang suami, Afif Syazwan Uugust, 23, untuk menyambut kedatangan Ramadan bersama isteri tercinta tidak kesampaian apabila teman hidupnya, Sarimah Abdul Razak, 22 terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, di hadapan Petronas Jalan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, Sarimah yang membonceng motosikal ditunggang suaminya meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang keluar dari Petronas di kiri jalan telah menyeberang ke kanan jalan untuk membuat pusingan U dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri muda berkenaan.
Menurutnya, motosikal yang dibonceng mangsa bersama suami datang dari arah Tanjung Lumpur. Pertembungan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.
“Manakala suaminya yang beralamat di Taman Seriku Baru 12, Jalan Gambang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
“Difahamkan keadaan laluan di tempat kejadian ialah jalan sehala tiga lorong dan kawasan membuat pusingan U. Keadaan cuaca baik dan jalan kering. Punca kematian dan kemalangan masih dalam siasatan. Kes ini di siasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada media semalam.
Sementara itu, adik mangsa, Mariam Abdul Rahman, 18, berkata, arwah kakaknya meninggalkan dua anak berusia lima dan tiga tahun.
“Kakak dan suami tinggal berasingan dari keluarga, manakala kedua-dua anaknya ditinggalkan bersama ibu mertuanya di Batu 12 kerana dia juga bekerja.
“Saya terkejut mendengar berita tentang kematiannya kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengannya dan kali terakhir adalah pada Februari lalu,” katanya.
-Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 28 mins ago