Translate

23 June 2014

Bekas isteri Nedim restu hubungan dengan Nora Danish

Bekas isteri Nedim restu hubungan dengan Nora Danish

19 Jun – Bekas isteri kekasih Nora Danish, Nabilah Khan menjelaskan bahawa pelakon itu bukanlah punca atau orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian mereka.
Malah, Nabilah atau mesra dengan panggilan Bee Khan berkata, dia tumpang gembira apabila bekas suaminya itu menjalin hubungan dengan Nora.
"Nedim adalah bekas suami dan ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama.
"Anak saya, Dre (Mohamed Nedrin) juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia," ujarnya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Dalam pada itu, Bee Khan berharap dengan penjelasan yang diberikannya ini tiada lagi spekulasi yang timbul.
"Saya bukanlah seorang selebriti dan tidak biasa dengan perhatian yang diberikan orang ramai.
"Diharap penjelasan yang diberikan dapat meleraikan isu ini."

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 4 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 53 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 53 mins ago