Ampang: Saya bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar jika ia dapat dibuktikan.”
Itu kenyataan penyanyi dan pelakon popular, Awie berhubung desas-desus kononnya dia memukul isterinya, Rozana Misbun di tempat awam, baru-baru ini.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, berkata, dia tidak akan mengulas lanjut melainkan dakwaan itu dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak di luar sana.
Buktikanlah dulu di pihak mana yang keluarkan cerita itu. Saya tak mahu cerita. Biarkan orang nak bercerita apa-apa pun.
Setakat ini saya tak nak kata iya atau tak. Buktikan kalau benda itu betul atau tak. Adakah ia datang dari pihak terdekat atau orang luar?” katanya.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Long Jack di Bora Ombak di sini, petang semalam.
Pada Sabtu lalu, timbul ura-ura mendakwa seorang penyanyi rock dilihat memukul isterinya di tempat awam dipercayai berselisih faham mengenai isu kewangan.
Sumber memberitahu, saksi di tempat kejadian mendakwa penyanyi dimaksudkan itu merujuk kepada Awie.
Dapatkan akh
