Translate

27 February 2014

Nur Fathia nafi buat perangai di London

Nur Fathia nafi buat perangai di London

26 Feb – Pelakon jelita, Nur Fathia menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya 'buat perangai' ketika penggambaran drama bersiri "Ariana Rose" di London baru-baru ini apabila didakwa menunjukkan sikap kurang disenangi oleh krew produksi, malah turut dikatakan mempunyai masalah disiplin serta gagal menghafal skrip sehingga menyebabkan Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.
"Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali.
"Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan," ujarnya kepada Kosmo!
Jelas Fathia lagi, mengikut kontraknya sepanjang di London, dia dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran.
"Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun penggambaran untuk promosi drama "Ariana Rose" sudah dibuat pada malam sebelumnya."

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Democratic-backed Susan Crawford wins Wisconsin Su' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan ' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan terperinci, telus kenal pasti punca kebak' 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 18 mins ago
A visitor from Sepang viewed 'Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'White House, shaken by Signal scandal, says case i' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Dabu viewed 'MALAYSIAN S*X BLOG COUPLE ALVIN & VIVIAN SPLITTING' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 1 hr 28 mins ago