Translate

25 February 2014

Julia Ziegler mahu nikah secepat mungkin


24 Feb – Pelakon jelita, Julia Ziegler akui mahu menamatkan zaman solonya dan mahu berumah tangga secepat mungkin.
"Tipulah kalau saya kata tiada keinginan untuk berkahwin. Bahkan kawan-kawan, keluarga dan wartawan sendiri selalu bertanya bila saya mahu berkahwin.
"Tapi sebagai wanita apalah yang boleh saya buat. Takkan saya pula yang kena melamar lelaki tersebut," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Julia yang bakal menyambut harijadinya ke-30 tidak lama lagi mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan rakan lamanya sendiri.
"Kami dah bercinta lebih kurang setahun. Tapi sebenarnya saya dah kenal dia lama sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya dia bukan nak saya sebab saya popular atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia."
Julia bagaimanapun berkata, buat masa ini biar mereka mengenali hati budi masing-masing dahulu sebelum dia memperkenalkan kepada umum.
"Saya tak mahulah nampak beria-ia sangat kerana andai hubungan itu tidak menjadi nanti, ia akan memalukan saya dan keluarga juga. Saya berharap semua pihak doakan yang terbaik untuk saya."
Dalam perkembangan lain, Julia bakal muncul dengan filem terbarunya "Aku Akan Muncul" yang bakal ditayangkan pada 27 Februari ini, dan akan ke Indonesia untuk menjalani penggambaran filem seram popular Indonesia berjudul "Kuntilanak".

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 12 mins ago
A visitor from Sepang viewed 'Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'White House, shaken by Signal scandal, says case i' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 56 mins ago
A visitor from Dabu viewed 'MALAYSIAN S*X BLOG COUPLE ALVIN & VIVIAN SPLITTING' 56 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Govt to expand use of QR codes' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 1 hr 24 mins ago