Translate

26 February 2014

Erra Minta Aksi Intim Dengan Awie Dikurangkan

Hormat Tempoh Edah, Erra Minta Aksi Intim Dengan Awie Dikurangkan

Salah satu adegan Awie dan Erra dalam konsert Teaterikal Suara Kita. Kredit foto mStar online.Salah satu adegan Awie dan Erra dalam konsert Teaterikal Suara Kita. Kredit foto mStar online.
Pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita Erma Fatima menghormati permintaan Erra Fazira agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan dalam teater berkenaan.
Memetik kenyataan di mStar online, Erma berkata, dia memahami situasi Erra yang sedang dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas perceraiannya selain dia juga tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.
"Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.
"Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu," katanya.
Pada 18 Februari lalu Erra, 40, mengejutkan peminat dunia hiburan apabila dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini selepas tujuh tahun hidup bersama.
Dalam pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.
Jelas Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas nanti.
"Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami," katanya.
Selain Erra dan Awie, Konsert Teaterikal Suara Kita turut menampilkan Ziana Zain dan ia bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Panggung Sari, Istana Budaya.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 23 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 46 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 47 mins ago