Translate

01 February 2014

Isteri Didera Kerana Enggan Beri Wang Kepada Suami

Isteri Didera Enggan Beri Wang Kepada Suami

HiasanHiasanKOTA BHARU: Seorang wanita didera oleh suaminya kerana enggan memberi wang RM100 kepada suaminya yang juga seorang penagih dadah di rumah mereka di Kampung Temusu, Limbat, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut dilaporan memukul kepala isterinya yang berumur 21 tahun dengan belakang kapak dan mengikat leher isterinya dengan rantai dan dikunci dengan mangga.
Beliau berkata anggota keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu telah menghubungi pihak polis, namun lelaki tersebut sempat melarikan diri apabila polis tiba.
Wanita berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Mangsa yang baru melahirkaan anak kedua, ketika ditemui di hospital berkata dia masih trauma dengan kejadian itu.
"Saya takut untuk kembali ke rumah itu lagi dan menganggap hubungan antara kami (dengan suami) telah berakhir. Sekarang tumpuan saya ialah untuk membesarkan dua anak saya dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi kepada saya," katanya yang telah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya.

- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 1 hr ago
A visitor from Rawang viewed 'BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setiausaha Wanita DAP Selangor kekal bebas tuduhan' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 11 mins ago