Translate

07 April 2025

Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, medan perkukuh perjuangan - Ahmad Zahid



Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, medan perkukuh perjuangan - Ahmad Zahid

Bernama

07/04/2025


Ahmad Zahid berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan. -Facebook


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu dimanfaatkan sebagai medan memperkukuh perjuangan, memahami cabaran politik semasa dan menyusun langkah bagi memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah.

Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini dan perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh perjuangan dan memahami cabaran politik semasa.

Ahmad Zahid menggesa ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi, dan memperkukuh saf dengan kebijaksanaan.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei, diikuti Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan.

"Semoga persidangan ini menjadi asas kukuh untuk kita memperteguh perjuangan dan terus memberikan khidmat bakti dengan penuh komitmen dan dedikasi," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara bermula hari ini hingga 25 Mei depan.

Pada 12 Mac lepas mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan pada 7 April hingga 25 Mei, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian (9 Jun hingga 27 Julai) dan Perhimpunan Agung UMNO dari 20 hingga 23 Ogos.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 3 hrs 30 mins ago