Translate
22 December 2024
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Bernama
22/12/2024
GAMBAR FAIL: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda peringatan kepada orang ramai supaya jangan menyeberang sempadan melalui Sungai Golok berdekatan pangkalan haram MCA dan Syed Agil, Rantau Panjang pada 21 Nov. - BERNAMA
SONGKHLA: Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Komander Tentera Darat Bahagian Ke-4 Thailand Lt Jen Paisan Nusang berkata undang-undang yang ada sepatutnya dihormati dan rakyat di kedua-dua negara perlu mengamalkan cara hidup seperti tertakluk dalam undang-undang.
Beliau berkata rakyat di kedua-dua negara perlu menggunakan laluan yang diwartakan jika tidak mahu berdepan masalah.
"Setakat ini, terdapat rakyat Thailand ditahan pihak berkuasa Malaysia kerana menyeberangi sempadan melalui pangkalan haram di Sungai Golok dan ditahan di Depot Tahanan di Tanah Merah.
"Tindakan pihak berkuasa Malaysia itu sebenarnya satu langkah positif dan tepat bagi memastikan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand lebih terjamin," katanya kepada pemberita menggunakan penterjemah tempatan, sempena lawatan khas media Kelantan ke atas pihak berkuasa Thailand baru-baru ini.
Paisan berkata walaupun rakyat di kedua-dua negara telah lama menetap di kawasan persempadanan dan menggunakan pangkalan haram sebagai laluan harian, ia telah banyak menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa kerana berlaku kegiatan penyeludupan tidak terkawal.
"Apabila pangkalan itu ditutup ia menimbulkan rungutan terutama di sektor pelancongan di samping banyak kedai terpaksa ditutup di sempadan kedua-dua negara. Kita akan cuba selesaikan masalah ini melalui perbincangan antara pihak berkuasa di kedua-dua negara," katanya.
Mengulas mengenai kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia, Paisan berkata Thailand dijadikan negara transit.
"Kami mendapati kumpulan etnik Rohingya dari Myanmar menjadikan Thailand sebagai transit sebelum menyeberang masuk ke sempadan Malaysia menggunakan laluan haram.
"Kumpulan pendatang ini masuk ke Malaysia kerana mahukan kehidupan lebih baik kerana keadaan di negara mereka tidak stabil dan berkemungkinan juga mereka masuk ke Malaysia kerana terdapat permintaan dalam sektor pekerjaan di negara itu," katanya.
Pada Nov lepas, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff mengumumkan larangan merentas sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan ke atas mana-mana individu yang menggunakan laluan haram untuk ke Golok, Thailand yang berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, Paisan berkata ahli-ahli sindiket dari bahagian utara Thailand dipercayai menjadikan Malaysia sebagai negara 'transit' membawa dadah jenis methamphetamine ke Australia dan negara-negara Eropah.
Beliau berkata kesemua dadah ini dibawa masuk ke Thailand melalui bahagian utara negara ini, sebelum dibawa ke Selatan Thailand dan ke Malaysia menerusi Sungai Golok.
Mengulas lanjut, Paisan berkata di selatan Thailand tiada makmal bagi pemprosesan methamphetamine dan dipercayai kesemua dadah itu diproses oleh sindiket di bahagian utara Thailand yang bersempadan dengan Laos dan Myanmar.
"Pihak sindiket akan membawa dadah itu dengan pelbagai cara sehingga tiba ke Wilayah Selatan Thailand seterusnya diseludup ke Malaysia.
"Risikan pihak kami mendapati tiada sebarang makmal untuk memproses methamphetamine di Wilayah Selatan Thailand dan kesemuanya dibawa oleh sindiket," katanya sambil menambah tentera sentiasa menjalankan pemantauan di pekan Sungai Golok bagi mengesan pergerakan sindiket itu daripada lolos ke Malaysia.
Paisan berkata apa yang lebih membimbangkan adalah sekiranya ada pelancong sama ada dari Malaysia atau negara lain yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
-
TikToker Rayyan Wong arrested for insulting the Agong, TMJ and PM 19/12/2024 Razarudin said that prior to that, a report was made by the Ma...
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
-
As bitcoin soars, luxury brands consider accepting crypto payments Reuters 18/12/2024 Bitcoin’s soaring value has caught the attention of hi...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5472)
-
▼
Dec 2024
(878)
- Miss Malaysia Crowned Miss Charm 2024
- PM Anwar berduka, rakam takziah kepada keluarga ak...
- Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
- Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat akt...
- Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda ...
- KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak a...
- Kerajaan Perpaduan boleh menang PRU, jika utamakan...
- Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam ke...
- Kes Bunuh Nurul Asikin
- Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital
- Kim Seri Buat Live Jelaskan Isu
- Kritikan terhadap lantikan Thaksin disifatkan tida...
- Polis sahkan semakan CCTV akibat anjing liar
- Pemain dram ACAB rebah ketika konsert
- 4 Selamat Nahas Kereta Dihentam "Tayar Terbang"
- Jet pejuang Tentera Laut AS terkena insiden "temba...
- Christmas market crash: Suspect charged with five ...
- MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap w...
- Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggot...
- Pesawat An-2 yang hilang ditemukan di Kamchatka, t...
- Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak ...
- Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkala...
- Polis berkas empat lelaki disyaki terlibat kegiata...
- Polis Indonesia Ugut Rakyat Malaysia
- Warga Emas Ditipu RM823,000
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak ...
- KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak ...
- Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak ...
- Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
- Sidang media PM Anwar Ibrahim mengenai hala tuju n...
- Indonesia suffer shock 0-1 loss to Philippines
- Crystal Palace 1 - 5 Arsenal | 2024/25 Premier Lea...
- Anwar Nafi Terlibat Dengan Kes Mahkamah Rosmah
- 38 maut, bas bertembung lori bawa batu
- Polis buka kertas siasatan penularan resit pesanan...
- 91 warga Indonesia dibawa keluar dari Syria, selam...
- SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringank...
- Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separu...
- KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A...
- MAJLIS DAERAH JELEBU SERBU RUMAH DAN SITA HARTA BE...
- PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ru...
- Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
- Nigeria: At least 10 killed in church crash
- PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembang...
- Death toll in German Christmas market car-ramming ...
- Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat la...
- 12 penuntut UMT dibebaskan dengan jaminan polis
- Rogol Antara 7 Kes Dilaporkan Ketika Musim Banjir
- UM Jalankan Siasatan Secara Aktif - KPT
- Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thail...
- Kematian kucing di UM: Dr Wan Azizah gesa siasatan...
- Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan ...
- Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui m...
- JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
- PDRM tak gentar, terus tingkat penguatkuasaan di S...
- Penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang perkukuh ha...
- Vision of suspected driver who carried out German ...
- Kjadian Di Putrajaya, Berdesup Brader Tu Lari Kena...
- Insiden rempuh pasar Krismas di Jerman, pemimpin d...
- Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyok...
- Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabk...
- Tok Mat Dah Bayar Kompaun Kesalahan Merokok
- Kritik pelantikan Musa Aman: Anwar tak setuju Fahm...
- KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang m...
- Dua Kumpulan Penyokong Bola Sepak Bergaduh Di Stes...
- Tiga suspek kes samun bersenjata parang direman 7 ...
- Penyanyi dikir barat ditahan di Narathiwat dakwa d...
- Artis dikir barat alami kemurungan ketika tiba di ...
- Polis Kelantan Terima Ancaman
- Rogol Mangsa Bawah Umur Di PPS
- PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa per...
- Haramkan TikTok bagi 16 tahun ke bawah jika masih ...
- Pekerja Cedera Parah Tergantung Dan Tertusuk Besi
- Putin says Russia is ready to compromise with Trum...
- Malaysia's missing MH370 plane: What we know, 10 y...
- Indian opposition's Rahul Gandhi faces police prob...
- King Charles' cancer treatment progressing well, w...
- MCMC publishes code of conduct (Best Practice) for...
- Dua Skim Pelaburan Berkaitan Ketua Sindiket Ditaha...
- KPDN Perak sita minyak masak bersubsidi disorok da...
- English Language - Silent Letter Day I Michael Mc...
- JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berben...
- 'Sedih untuk berakhir macam ini' - Vicente
- Perayaan Krismas: Tol percuma pada Isnin dan Selasa
- Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor...
- UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara nge...
- 288,000 EPF members register to contribute above t...
- US government shutdown: What closes, what stays open?
- What happens next for TikTok after Supreme Court a...
- [COLUMNIST] Reducing Malaysian prison overcrowding...
- Gender studies alumni stand against sexual harassm...
- Israeli minister criticises Pope's call to study w...
- ITOs to spread out change in premiums over a minim...
- MH370 expert Richard Godfrey on latest attempt to ...
- Masters of the Air — Official Trailer | Apple TV+
- At least 2 dead, 68 injured after car drives into ...
- Malaysia 0 - 0 Singapore | Asean Mitsubishi Cup 20...
- Pekerja Asing 'Kantoi' Guna Mykad Kerja Kilang
- 9 Lokasi Burger Tepi Jalan Terbaik | DESTINASI TV
- MAQIS P. Pinang rampas 27 tan sosej dari China
-
▼
Dec 2024
(878)