Translate
26 December 2024
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Bernama
26/12/2024
Imej mikroskop elektron berwarna daripada Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS menunjukkan kewujudan partikel influenza A H5N1 (kuning) di dalam sel. - AP
SACRAMENTO: Usaha California untuk membendung influenza burung A (H5N1) semakin mencabar ekoran penyebaran jangkitan di ladang tenusu serta peningkatan kes dalam kalangan manusia, termasuk dua kes baharu yang disahkan di daerah Stanislaus dan Los Angeles, lapor Xinhua.
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos, dengan satu perempat daripada kes ini dilaporkan bulan lepas, menurut pihak berkuasa negeri.
Penyebaran pantas dalam industri tenusu negeri itu mendorong Gabenor Gavin Newsom mengisytiharkan darurat minggu lalu bagi melindungi pekerja sektor pertanian dan kesihatan awam.
"Proklamasi ini adalah langkah khusus untuk memastikan agensi kerajaan mempunyai sumber dan fleksibiliti yang diperlukan bagi bertindak balas dengan cepat terhadap wabak berkenaan," kata Newsom dalam satu kenyataan.
Kesan wabak itu terhadap manusia semakin serius, dengan California mencatatkan sekurang-kurangnya 36 kes yang disahkan - lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kes negara iaitu 65 kes, menurut laporan terkini oleh Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC) pada Selasa, walaupun bilangan sebenar mungkin lebih tinggi kerana pengesahan tempatan terkini mungkin belum dimasukkan ke dalam data persekutuan.
Dua kes baharu disahkan pada Isnin di Daerah Los Angeles dan Stanislaus. Kedua-dua individu itu terdedah kepada ternakan yang dijangkiti selesema burung di tempat kerja, mengalami simptom ringan dan menerima rawatan antivirus, menurut jabatan kesihatan kedua-dua daerah.
Pegawai kesihatan awam telah memantau air sisa di seluruh negeri, mengesan virus itu di beberapa lokasi Bay Area, termasuk San Francisco, Napa dan San Jose. Bagaimanapun, Pakar Epidemiologi Negeri California Erica Pan, menjelaskan kepada ABC30 pengesanan ini mungkin sebahagian besarnya berpunca daripada "pembuangan susu domestik atau komersial ke dalam sinki."
Meskipun risiko kepada orang awam kekal rendah, virus ini membunuh 90 hingga 100 peratus ayam yang dijangkiti dan kira-kira satu hingga dua peratus lembu. Pakar Veterinar Negeri California Annette M. Jones, memaklumkan yang lembu yang dijangkiti mungkin tidak akan pulih sepenuhnya.
Sebagai negeri pengeluar tenusu terbesar di negara itu, California menghadapi kesan ekonomi yang besar akibat wabak selesema burung. Virus ini telah membawa kepada kuarantin dan peningkatan keperluan ujian. Pihak berkuasa kini menjalankan ujian mingguan terhadap 1.7 juta lembu di negeri itu.
Pengeluaran susu California mencatatkan penurunan 9.2 peratus pada November berbanding bulan yang sama tahun lalu, penurunan paling ketara yang direkodkan, menurut Laporan Pengeluaran Susu bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian AS (USDA) pada 19 Dis. Pengeluaran yang berkurangan di California turut menyebabkan penurunan satu peratus dalam pengeluaran susu negara, mencetuskan kebimbangan mengenai ketersediaan dan kos produk tenusu di AS.
Operasi ayam di negeri itu juga terjejas teruk. Jabatan Makanan dan Pertanian California melaporkan bahawa 51 operasi ayam komersial dan sembilan ternakan unggas yang dipelihara secara kecil-kecilan di belakang rumah di seluruh negeri telah terkesan.
Virus itu turut dikesan di lokasi yang tidak dijangka, dengan Los Angeles County mengesahkan dua kes pada kucing domestik yang meminum susu mentah tercemar.
USDA melaksanakan langkah kawalan baharu, termasuk program ujian susu kebangsaan mandatori yang diumumkan pada 6 Dis. Namun, beberapa pakar mempersoalkan sama ada langkah berkenaan mencukupi.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
-
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok Bernama 24/12/2024 Dua lelaki ditahan itu mendakwa ingin pulang ke negara asal, India ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5643)
-
▼
Dec 2024
(1049)
- Singapore 0 - 2 Vietnam | Asean Mitsubishi Cup 202...
- Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawa...
- Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, keseja...
- Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdaga...
- Japan Airlines terjejas serangan siber
- Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk I...
- Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
- Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran ka...
- Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, pegua...
- Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewa...
- Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
- Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
- Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekat...
- Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, pegua...
- Vietnam defeated Singapore with two goals in late ...
- Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirak...
- Chelsea 1 - 2 Fulham | 2024/25 Premier League High...
- Nottingham Forest 1 - 0 Tottenham Hotspur | 2024/2...
- Liverpool 3 - 1 Leicester City | 2024/25 Premier L...
- Wolverhampton Wanderers 2 - 0 Manchester United | ...
- Sri Lankan President expresses interest in joining...
- 'Russian air defence system' downed Azerbaijan Air...
- Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai leb...
- Program tarif elektrik hijau diteruskan, kadar pre...
- Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan P...
- Patahkan Sindiket Warga Asing ‘Bersidai’ Di KLIA
- Fokus Banteras 'Grand Corruption', Kembalikan Aset...
- Polis Sahkan Terima Satu Lagi Kes Baharu
- Suruhanjaya Negara siasat punca pesawat Azerbaijan...
- 20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di s...
- Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buk...
- Selesema burung ancam California dengan peningkata...
- Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg ...
- Pesawat Didakwa Ditembak, Kesan Peluru Dijumpai
- Cucu rakam, simpan video lucah nenek dipenjara, denda
- Sebat di T’ganu: Segera beredar, jangan berkumpul ...
- RAKYAT BANTAH PEMINDAHAN KUBUR DI SELAT KLANG, SEL...
- Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
- Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
- Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang ka...
- Dua Maut, Empat Cedera Kereta & Lori Bertembung
- Dua Pelajar Universiti Maut, Kereta Terbabas Di Jasin
- Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepa...
- Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airli...
- Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepa...
- PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papa...
- 38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaij...
- Brek Gagal Berfungsi Punca Lori Tangki Terbalik #M...
- Lagi Kucing, Anjing Mati Di Universiti Malaya
- Gaduh Di Jeti Kahanga Sebab Pelanggaran Bot
- Tindakan warga asing masuk Malaysia tanpa pemeriks...
- Ibu, anak maut dalam nahas di WCE
- Sports industry not facing lack of sponsorship but...
- Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselama...
- Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan ...
- PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, ed...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Sabah, Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan b...
- JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelanta...
- KEJADIAN DI KEDAI TELEFON DI YONG PENG, JOHOR
- Dramatic visuals of Azerbaijan Airlines plane cras...
- Begini UAS Dikawal di Malaysia | Perjalanan ke Neg...
- SUV crashes into a massive crocodile, killing it w...
- Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam t...
- Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
- Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
- Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan,...
- Senarai calon bertanding Jawatankuasa Eksekutif FA...
- Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik...
- Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian...
- Dua Tekong Warga Myanmar Menyeludup PATI Diberkas
- Che Ta Nafi Dakwaan Tidak Pernah Bayar Pinjaman Mara
- 16 ahli 'Geng Pacific Siva' didakwa kes SOSMA
- Perhimpunan Di Hadapan Menara Kinabalu
- Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis
- Man Kulim MeninggaI Dunia
- PM ucap selamat hari Krismas, seru perkukuh keharm...
- Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke ata...
- Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di ...
- Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pan...
- Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
- TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
- Bangunan berhampiran stesen kereta api Saint-Lazar...
- Kes selesema burung menular di seluruh England
- Tiga eksekutif jualan didakwa pukul peguam
- Kronologi Nahas Babit 5 Kenderaan Di Ayer Keroh
- Dua Lelaki Ditahan, Suspek Lain Masih Diburu
- Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berl...
- Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai ...
- 45 rakyat Malaysia didakwa diperas ugut di konsert...
- Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada...
- Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim...
- Pekerja stor mengaku salah rakam video rakan seker...
- Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian A...
- Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan kesela...
- Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripad...
- Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan...
- IHPR Malaysia turun 0.4 peratus pada November - Ja...
- Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit...
-
▼
Dec 2024
(1049)