'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Astro Awani
03/12/2024
Masidi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan oleh pihak berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat. - Foto kenyataan media Masidi Manjun
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau untuk kegunaan parti politik.
Ini sehubungan tularnya sebuah video yang dipercayai yang dipercayai disiarkan di sebuah portal berita pada Selasa.
"Saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting, yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti saya dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian," kata Masidi, dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Masidi mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan oleh pihak berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat.
Terbaharu, tular sebuah video yang didakwa menunjukkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan sama ada perihal perlombongan atau perlesenan.