Translate

21 December 2024

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT



Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT

Bernama

21/12/2024


Prasarana Malaysia Berhad telah membuat laporan polis mengenai pergaduhan yang melibatkan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.


KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah membuat satu laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Laluan Ampang-Sri Petaling, malam tadi.

Prasarana Malaysia Berhad telah membuat laporan polis mengenai pergaduhan yang melibatkan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Laporan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Pergaduhan yang berlaku pada tengah malam mengakibatkan kerosakan pada kemudahan stesen dan tren, namun tiada kecederaan dilaporkan. Prasarana bekerjasama dengan polis untuk siasatan lanjut.

Polis mengesahkan insiden melibatkan 20 hingga 30 orang dan sedang disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan. Polis meminta mereka yang terlibat untuk tampil membantu siasatan.

Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

"Prasarana sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap individu-individu yang terlibat.

"Prasarana amat kesal dengan kejadian ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kekerasan dan kelakuan agresif di stesen dan di dalam tren," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan insiden pergaduhan yang berlaku pada 12 tengah malam tadi telah mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform berkenaan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Insiden berkenaan bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pasukan polis bantuan Prasarana yang membawa kumpulan penyokong terlibat keluar dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan bagi mengelakkan sebarang situasi yang lebih berbahaya.

"Sebagai pengendali perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang, Prasarana komited untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam sentiasa menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk semua pengguna.

"Kami juga menyeru kepada semua pengguna untuk menunjukkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan beradab ketika menggunakan perkhidmatan kami," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan yang mengesahkan kejadian tersebut berkata insiden pergaduhan berkenaan melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah, dan menendang pintu tren hingga menyebabkan kerosakan.

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Kita mohon mereka yang terlibat tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di sebuah stesen LRT.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED