Translate

27 December 2024

Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan



Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan

Bernama

26/12/2024


Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap Musa berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.


KUALA LUMPUR: Peguam Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada Khamis berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Hannah, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau menghormati proses kehakiman berkenaan namun telah mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.

"Saya dinasihatkan oleh peguam saya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi. Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Dis.

"Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan tentang apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhan berserta alasannya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Isnin lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap Musa berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED