Translate

12 December 2024

MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta



MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta

Bernama

12/12/2024


Murugiah berkata mekanisme khusus itu penting untuk memastikan kos rawatan lebih standard dan berpatutan bagi setiap jenis penyakit. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta, kata Naib Presiden parti itu Datuk T Murugiah.

Beliau berkata mekanisme berkenaan perlu melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan persatuan insurans untuk memastikan kos rawatan lebih standard dan berpatutan bagi setiap jenis penyakit.

“Tanpa mekanisme yang jelas, ketidaktentuan caj rawatan di hospital swasta akan terus membebankan rakyat. Situasi ini juga menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan hingga 70 peratus sekali gus menyukarkan akses kepada rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Murugiah berkata mekanisme itu perlu memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting termasuk pengawalan kos rawatan yang harus dipantau dengan teliti bagi mengelak pengendali hospital swasta mengenakan bayaran sewenang-wenangnya, yang hanya akan menambah beban kepada pesakit.

"Kawalan terhadap kos rawatan akan membolehkan syarikat insurans mengekalkan premium pada kadar yang lebih mampu milik sekali gus mengurangkan tekanan kewangan kepada pemegang polisi. Langkah ini bukan sahaja akan memberi keadilan kepada rakyat, malah turut menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan yang mampan dan lebih adil,” katanya.

Isu mengenai kenaikan premium insurans menjadi perhatian ramai yang turut dibangkitkan Ahli Parlimen kerajaan dengan terdapat desakan untuk mengkaji kenaikan caj hospital swasta yang melambung selain tidak munasabah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED