Translate

28 December 2024

Lelaki panah anjing telah didakwa pada 23 Dis - Polis



Lelaki panah anjing telah didakwa pada 23 Dis - Polis

Bernama

27/12/2024


Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama dengan memanah haiwan tersebut, telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 23 Dis. - Foto hiasan


IPOH: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama dengan memanah haiwan tersebut, telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 23 Dis.

Pemangku Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata suspek berusia 44 tahun itu, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

"Suspek telah dibebaskan pada hari sama (23 Dis) selepas dituduh di mahkamah sementara menunggu tarikh perbicaraan kes," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Zulkafli berkata polis telah menahan lelaki berkenaan sekitar jam 4.30 petang, 22 Dis, selain merampas satu busur panah dan lima batang anak panah yang dipercayai digunakan membunuh anjing dikenali dengan nama Kutty itu.

Terdahulu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam keras insiden berkenaan yang disifatkan sebagai mencabar prinsip asas kemanusiaan serta perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED