Translate

27 December 2024

Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar



Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar

Bernama

27/12/2024


ANWAR: Antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, warga kota dan desa.

"Antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan.

"Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook semalam.

Sebelum ini Anwar berkata sepanjang tempoh dua tahun, Kerajaan MADANI telah melaksanakan banyak inisiaitf dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan sembilan juta penerima B40.

Selain itu, inisiatif lain ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya, serta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 peserta golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED