Translate

20 December 2024

Kemalangan maut: Pemandu treler rempuh empat kenderaan positif dadah



Kemalangan maut: Pemandu treler rempuh empat kenderaan positif dadah

Bernama

20/12/2024


Dalam kejadian pada Rabu, kumpulan 11 penuntut IPG yang menaiki empat kenderaan dirempuh sebuah treler. - Gambar/ Sinar Harian


KOTA BHARU: Pemandu treler yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan yang mengorbankan seorang penuntut di sebuah Institut Pendidikan guru (IPG) Besut, Terengganu di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Rabu lepas, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata berdasarkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lelaki warga tempatan berusia 28 tahun itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek kini direman selamat empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas, kumpulan 11 penuntut IPG yang menaiki empat kenderaan iaitu dua Perodua Axia dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga dari arah Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke IPG di Besut, sebelum dirempuh sebuah treler yang hilang kawalan dalam kejadian 6.45 pagi.

Siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berkenaan dari Kuala Lipis, Pahang menghala ke Gua Musang, Kelantan hilang kawalan dan melanggar sisi kanan kedua-dua kereta Perodua Axia, Proton Saga dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan.

Akibat pelanggaran itu, pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, penumpang hadapan dan seorang penumpang belakang cedera manakala seorang lagi penumpang belakang maut.

Pemandu kereta Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala enam lagi penuntut hanya mengalami kecederaan ringan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED