Translate
01 December 2024
Keadaan banjir semakin buruk, mangsa mencecah 152,000 pagi ini
Keadaan banjir semakin buruk, mangsa mencecah 152,000 pagi ini
Bernama
01/12/2024
Keadaan banjir di Kampung Meranti, Pasir Mas, yang ditenggelami banjir petang semalam, berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari sebelumnya, 30 Nov 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan Pahang menjadi negeri terbaharu yang ditimpa musibah itu, menyaksikan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 152,377 orang pagi ini berbanding 146,611 orang malam tadi.
Bagaimanapun situasi di Negeri Sembilan dan Selangor pula mencatatkan sedikit penurunan mangsa setakat pukul 8 pagi ini.
Di KELANTAN jumlah mangsa banjir di 284 PPS mencecah 96,743 orang daripada 29,928 keluarga setakat ini berbanding 93,158 orang malam tadi.
Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 29,370 orang, diikuti Tumpat (17,680), Kota Bharu (14,154), Pasir Puteh (9,870) dan Kuala Krai (6,614).
Turut terkesan, Bachok dengan 6,952 mangsa, Machang (6,098), Tanah Merah (5,318), Jeli (660) dan Gua Musang (36).
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan lima sungai utama masih melepasi paras bahaya, namun menunjukkan penurunan iaitu Sungai Kelantan di Kusial Baru (16.64 meter), Sungai Kelantan di Kusial (16.66 meter), Sungai Golok di Rantau Panjang (11.20 meter), Sungai Golok di Tumpat (4.22 meter) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (3.65 meter).
Di TERENGGANU jumlah mangsa terus meningkat kepada 43,281 orang pagi ini berbanding 41,409 yang dilaporkan malam tadi, melibatkan 11,679 keluarga yang berlindung di 305 PPS di kesemua lapan daerah terjejas di negeri berkenaan.
Menurut data terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Besut kekal dengan angka tertinggi iaitu sebanyak 16,084 mangsa, diikuti Hulu Terengganu (7,080), Dungun (6,470), Setiu (6,332), Kuala Terengganu (2,940), Kuala Nerus (2,307), Kemaman (1,230) dan Marang (775).
Menerusi semakan di portal InfoBanjir, setakat pukul 8.15 pagi tadi 12 stesen bacaan paras air sungai melibatkan empat di daerah Hulu Terengganu, tiga di Dungun, dua di Kuala Nerus dan masing-masing satu di Kemaman, Marang dan Setiu merekodkan paras bahaya.
Sementara itu, di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,754 orang daripada 2,671 keluarga yang ditempatkan di 53 PPS setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 8,580 orang daripada 2,622 keluarga malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan Kota Setar mencatatkan 2,953 mangsa, Kubang Pasu (2,825), Padang Terap (1,082), Sik (1,075), Pokok Sena (604), Kuala Muda (182) dan Baling (33).
Jumlah mangsa banjir di JOHOR turut meningkat pagi ini kepada 592 orang daripada 175 keluarga, berbanding 507 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata daerah Tangkak mencatatkan 311 mangsa yang ditempatkan di tiga PPS, manakala Segamat menempatkan 281 mangsa di 11 PPS.
Beliau berkata tiga sungai iaitu Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma'mor, Tangkak; Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang; dan Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil, Kota Tinggi dilaporkan berada pada paras bahaya.
Sementara itu, PAHANG menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 15 PPS dibuka di daerah Raub bagi menempatkan seramai 452 mangsa daripada 146 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah terkini mangsa di PPS sedang dikemas kini berikutan operasi pendaftaran banjir masih dilakukan.
"Punca utama banjir di daerah berkenaan adalah disebabkan kepala air yang turun lebih kurang serentak di Sungai Dong dan Sungai Gali. Pada pukul 10.51 malam tadi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub telah menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian banjir di Kampung Jelu, Kampung Bukit Pampong dan Ulu Gali.
"Susulan itu, APM Raub telah memindahkan mangsa ke PPS dan ketika ini, dalam tindakan dan bantuan selanjutnya oleh agensi lain," menurut kenyataan itu.
Sementara itu di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 302 orang daripada 71 keluarga setakat 8 pagi ini yang ditempatkan di lima PPS.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan Melaka Tengah mencatatkan 111 mangsa, Alor Gajah (42), Jasin (149).
Di PERLIS, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 226 orang daripada 62 keluarga pagi ini berbanding 224 orang daripada 60 keluarga pada malam tadi.
Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata PPS SK Arau di Arau menempatkan 83 orang manakala 143 orang lagi berlindung di PPS Dewan Warisan (Kangar).
"Penduduk yang terjejas dengan banjir antaranya dari Kampung Rambai, Kampung Banggol Sena, Kuala Tunggang dan Kampung Alor Setar selain Kampung Tok Kandang, Kampung Repoh, Kampung Teluk Kacang, Kampung Bakau dan Kampung Behor Gonchar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan mangsa banjir di tiga daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah yang ditempatkan di 13 PPS terus menunjukkan penurunan kepada 1,925 orang daripada 538 keluarga setakat pagi ini berbanding 1,985 mangsa daripada 569 keluarga malam tadi.
Di SELANGOR, situasi banjir di Meru, Klang pagi ini mencatatkan pengurangan mangsa kepada 102 orang daripada 32 keluarga berbanding 229 orang malam tadi yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Dec 2024
(1259)
- Swiss cabin crew member dies after smoke problems ...
- Gelandangan berusia 39 tahun didakwa bunuh rakan
- Tiga Kakitangan Hadir Beri Keterangan Kepada JPJ
- Terima ugutan bunuh, Baby Shima lapor polis | 15 M...
- Dua rakan didakwa rompak pelancong asing
- Warden cabul pelajar pondok dipenjara 20 tahun, 13...
- Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan kera...
- Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan ten...
- Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan dilulus...
- Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak pere...
- Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa ...
- Fahmi Reza direman - Peguam
- KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tang...
- Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhada...
- Mayat Reput Mungkin Jasad Remaja 15 Tahun
- Mahkamah Venezuela denda TikTok $10 juta
- Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku MADA...
- Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timba...
- ANITA SARAWAK TOLAK Undangan KONSERT DIMALAYSIA
- Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap...
- 174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dike...
- Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal d...
- Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000
- Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025
- Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh
- JIM Serbu Kawasan Sekitar Bukit Bintang
- Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara tunai umrah
- Rob friend dilantik CEO FAM
- Langgar Bateri Lori Punca Kereta Terbakar
- Dua Maut Nahas Kereta Bertembung Treler
- Dua Geng Curi Motosikal Tumpas
- Ragut Untuk Bayar Hutang
- Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert ...
- Man United end miserable month with 2-0 home loss ...
- South Korea court issues arrest warrant for Presid...
- 2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Joho...
- Pengguna ‘telefon lama’ tidak boleh akses WhatsApp...
- Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual ass...
- Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan p...
- Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
- Germany accuses Elon Musk of trying to influence i...
- MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan da...
- Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu ...
- DUA MOTOSIKAL PENGIRING PDRM BERG3S3L DENGAN KERET...
- Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena...
- Extra Time Winner Allows Thailand To Edge Philippi...
- South Korea investigators request arrest warrant f...
- Ipswich Town 2 - 0 Chelsea | 2024/25 Premier Leagu...
- Manchester United 0 - 2 Newcastle United | 2024/25...
- Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai ...
- Orang Kuat BERSATU Sabah Letak Jawatan
- Datuk Seri, anak, menantu, 2 pekerja dituduh ceder...
- Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas d...
- Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000
- Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunu...
- Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong
- Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket p...
- Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran buru...
- Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendali 13 penerba...
- Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengg...
- Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual ...
- Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat s...
- Produk Kosmetik Seludup Di Jeti Haram #MGFlash
- JKDM rampas tembakau sedut, rokok, kretek bernilai...
- Lelaki kudung tangan kanan dituduh rompak 160 bung...
- 'Jamah lauk babi kerana tiada duit'
- Sanggup Cederakan Mata Untuk Dapat Insurans #MGFlash
- Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil Hala...
- Wanita tular bakar motosikal sebak mengaku salah
- Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
- Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitk...
- Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa...
- Lagi pesawat Jeju Air alami masalah gear pendaratan
- JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat...
- Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tah...
- Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas pene...
- Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas...
- JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara...
- Pasaran lengang berikutan cuti dorong ringgit dibu...
- Gelombang Ketiga Banjir Di Kelantan Dan Terengganu
- BANJIR DI TAMAN SERI ALAM, PUNCAK ALAM, 200 Rumah ...
- Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini, T...
- Dua maut pesawat ringan terhempas di UAE
- US 39th President Jimmy Carter dies at 100
- Leicester City 0 - 2 Manchester City | 2024/25 Pre...
- Tottenham Hotspur 2 - 2 Wolverhampton Wanderers | ...
- West Ham United 0 - 5 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Hanya Ingin Membantu, Tidak Sangka Video Tular - B...
- Air Canada Flight, With Passengers Inside, Catches...
- South Korea airport design was 'unbelievably awful...
- Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
- Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
- Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
- Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketig...
- USS Carl Vinson berlabuh di Pelabuhan Klang
- Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
- Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertudu...
- Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan ment...
- Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
-
▼
Dec 2024
(1259)