Translate
04 December 2024
Jumlah mangsa banjir berkurangan pagi ini, situasi tiga negeri beransur pulih
Jumlah mangsa banjir berkurangan pagi ini, situasi tiga negeri beransur pulih
Bernama
04/12/2024
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43,667 orang ditempatkan di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 13,978 keluarga berbanding 43,587 mangsa malam tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 65,899 orang pagi ini berbanding 67,453 malam tadi susulan situasi yang beransur pulih di tiga negeri iaitu Terengganu, Perak dan Kedah, manakala angka kematian akibat bencana itu kekal tujuh orang.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43,667 orang ditempatkan di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 13,978 keluarga berbanding 43,587 mangsa malam tadi.
Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 22,441 orang, diikuti Tumpat (20,478), Kota Bharu (403), Pasir Puteh (47), Bachok (243) dan Tanah Merah 55 orang.
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan hanya dua sungai utama di negeri itu kekal melepasi paras bahaya namun dalam trend menurun iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang (9.66 meter) dan Sungai Golok di Tumpat (3.73 meter).
Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Azizan Aziz ketika dihubungi Bernama berkata peningkatan jumlah mangsa di Pasir Mas kira-kira 200 orang berbanding semalam berikutan pihaknya baru mendapat akses di kawasan yang terputus hubungan.
"Kita terputus hubungan dengan petugas JKM di kawasan terjejas terutamanya di Rantau Panjang sejak tiga hari lepas menyebabkan data jumlah mangsa banjir di PPS Rantau Panjang tidak dapat dikemas kini hingga semalam," katanya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,062 orang daripada 304 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,055 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan setakat ini 20 PPS masih kekal beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa di dua daerah terjejas dengan 892 mangsa daripada 256 keluarga di Segamat masih ditempatkan di 18 PPS.
"Sebanyak 170 mangsa daripada 48 keluarga di Tangkak ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Penghulu Long dan Sekolah Kebangsaan Telok Rimba," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di PAHANG, berdasarkan aplikasi InfoBencana JKM, jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan kepada 53 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 39 orang dilaporkan semalam.
Empat PPS dibuka di Temerloh dan Bera, masing-masing dua PPS, dengan keseluruhan mangsa terdiri daripada 37 individu dewasa, kanak-kanak (13) dan bayi (tiga).
Sementara itu di TERENGGANU, jumlah mangsa berkurangan kepada 14,294 orang yang berada di 59 PPS berbanding 15,767 orang malam semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JBPNT) memaklumkan Kuala Nerus kini menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa 6,366 orang daripada 1,665 keluarga berlindung di 15 PPS manakala Dungun 4,594 mangsa (1,111 keluarga) di 20 PPS, dan Kuala Terengganu 2,511 mangsa (608 keluarga) di sembilan PPS.
Selain itu Hulu Terengganu mempunyai 466 mangsa (121 keluarga) di tujuh PPS, Marang 186 orang (43 keluarga) di tiga PPS, Setiu 158 mangsa (28 keluarga) di empat PPS, manakala Kemaman hanya 13 mangsa (empat keluarga) di satu PPS.
Di KEDAH, jumlah mangsa turut berkurangan kepada 6,268 orang daripada 1,902 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,411 orang daripada 1,946 keluarga, malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari empat daerah itu masih ditempatkan di 31 PPS.
"Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi dengan 4,143 orang daripada 1,254 keluarga, diikuti Kubang Pasu (1,460 orang daripada 454 keluarga), Pokok Sena (524 orang daripada 159 keluarga) dan Padang Terap seramai 141 orang daripada 35 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini terus berkurangan kepada 383 mangsa daripada 128 keluarga di sembilan PPS berbanding 423 mangsa malam tadi.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir masih kekal sebanyak 172 mangsa daripada 44 keluarga pada 8 pagi ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa melibatkan penduduk di daerah Jasin yang ditempatkan di dua PPS iaitu SK Parit Penghulu 106 mangsa daripada 26 keluarga manakala di PPS SK Seri Mendapat pula 66 mangsa daripada 18 keluarga.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Dec 2024
(1259)
- Swiss cabin crew member dies after smoke problems ...
- Gelandangan berusia 39 tahun didakwa bunuh rakan
- Tiga Kakitangan Hadir Beri Keterangan Kepada JPJ
- Terima ugutan bunuh, Baby Shima lapor polis | 15 M...
- Dua rakan didakwa rompak pelancong asing
- Warden cabul pelajar pondok dipenjara 20 tahun, 13...
- Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan kera...
- Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan ten...
- Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan dilulus...
- Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak pere...
- Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa ...
- Fahmi Reza direman - Peguam
- KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tang...
- Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhada...
- Mayat Reput Mungkin Jasad Remaja 15 Tahun
- Mahkamah Venezuela denda TikTok $10 juta
- Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku MADA...
- Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timba...
- ANITA SARAWAK TOLAK Undangan KONSERT DIMALAYSIA
- Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap...
- 174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dike...
- Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal d...
- Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000
- Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025
- Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh
- JIM Serbu Kawasan Sekitar Bukit Bintang
- Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara tunai umrah
- Rob friend dilantik CEO FAM
- Langgar Bateri Lori Punca Kereta Terbakar
- Dua Maut Nahas Kereta Bertembung Treler
- Dua Geng Curi Motosikal Tumpas
- Ragut Untuk Bayar Hutang
- Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert ...
- Man United end miserable month with 2-0 home loss ...
- South Korea court issues arrest warrant for Presid...
- 2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Joho...
- Pengguna ‘telefon lama’ tidak boleh akses WhatsApp...
- Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual ass...
- Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan p...
- Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
- Germany accuses Elon Musk of trying to influence i...
- MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan da...
- Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu ...
- DUA MOTOSIKAL PENGIRING PDRM BERG3S3L DENGAN KERET...
- Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena...
- Extra Time Winner Allows Thailand To Edge Philippi...
- South Korea investigators request arrest warrant f...
- Ipswich Town 2 - 0 Chelsea | 2024/25 Premier Leagu...
- Manchester United 0 - 2 Newcastle United | 2024/25...
- Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai ...
- Orang Kuat BERSATU Sabah Letak Jawatan
- Datuk Seri, anak, menantu, 2 pekerja dituduh ceder...
- Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas d...
- Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000
- Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunu...
- Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong
- Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket p...
- Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran buru...
- Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendali 13 penerba...
- Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengg...
- Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual ...
- Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat s...
- Produk Kosmetik Seludup Di Jeti Haram #MGFlash
- JKDM rampas tembakau sedut, rokok, kretek bernilai...
- Lelaki kudung tangan kanan dituduh rompak 160 bung...
- 'Jamah lauk babi kerana tiada duit'
- Sanggup Cederakan Mata Untuk Dapat Insurans #MGFlash
- Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil Hala...
- Wanita tular bakar motosikal sebak mengaku salah
- Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
- Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitk...
- Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa...
- Lagi pesawat Jeju Air alami masalah gear pendaratan
- JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat...
- Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tah...
- Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas pene...
- Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas...
- JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara...
- Pasaran lengang berikutan cuti dorong ringgit dibu...
- Gelombang Ketiga Banjir Di Kelantan Dan Terengganu
- BANJIR DI TAMAN SERI ALAM, PUNCAK ALAM, 200 Rumah ...
- Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini, T...
- Dua maut pesawat ringan terhempas di UAE
- US 39th President Jimmy Carter dies at 100
- Leicester City 0 - 2 Manchester City | 2024/25 Pre...
- Tottenham Hotspur 2 - 2 Wolverhampton Wanderers | ...
- West Ham United 0 - 5 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Hanya Ingin Membantu, Tidak Sangka Video Tular - B...
- Air Canada Flight, With Passengers Inside, Catches...
- South Korea airport design was 'unbelievably awful...
- Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
- Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
- Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
- Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketig...
- USS Carl Vinson berlabuh di Pelabuhan Klang
- Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
- Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertudu...
- Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan ment...
- Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
-
▼
Dec 2024
(1259)