Translate
27 December 2024
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Bernama
27/12/2024
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada Lawatan Kerja Rasmi JSPT di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, hari ini. - BERNAMA
SEREMBAN: Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Ops Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga November lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah saman itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).
"Saman tertinggi melibatkan kesalahan tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sebanyak 10,859 notis, diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu telah tamat tempoh (2,179).
"Bagi kesalahan bawa muatan lebih had ditetapkan, kertas siasatan dibuka melibatkan 380 kenderaan manakala 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan satu bas telah disita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di Ibu Pejabat Daerah Seremban, di sini hari ini.
Beliau berkata JSPT turut menahan 45 pemandu kenderaan perdagangan, dengan 12 daripadanya dituduh di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bakinya didakwa atas akta lain.
Terdahulu Mohd Yusri menganugerahkan sijil penghargaan kepada Kamarul Ekhsan Abdul Ghani, 46, atas tindakan pantasnya menahan sebuah lori yang mengalami kerosakan tayar bagi mengelakkan kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, baru-baru ini.
Ketika ditemui pemberita, Kamarul Ekhsan yang merupakan seorang mekanik dari Seremban berkata beliau tidak menyangka akan menerima penghargaan, pertama kali dalam hidupnya.
"Saya memang terkejut video itu tular, saya rakam dan letakkan di Facebook pada 5 Okt lepas, tak sangka tontonannya cecah 400,000 dalam tempoh 24 jam, dan sehingga kini video itu mendapat 1.7 juta tontonan. Saya tak pernah fikir untuk cari publisiti, cuma nak bantu.
"Saya fikir kalau tidak hentikan lori itu musibah mungkin berlaku. Jadi sebelum ia terjadi, saya cuba tahan (lori), ia adalah tanggungjawab saya sebagai umat Islam... saya ikut lori bermuatan 40 tan itu kira-kira tiga kilometer sebelum pemandu menghentikan lorinya," kata bapa kepada dua anak itu.
Dalam kejadian Oktober lepas itu, Kamarul Ekhsan yang dalam perjalanan ke Johor Bahru ternampak tayar bahagian belakang sebelah kanan lori Hino yang bergoyang seperti mahu tercabut, sebelum tiga kali memintas lori itu memintanya untuk berhenti.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai Majoriti Jumaat, 27 Dis 2024 Tangkap l...
-
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok Bernama 24/12/2024 Dua lelaki ditahan itu mendakwa ingin pulang ke negara asal, India ...
-
German president dissolves Parliament, sets elections for Feb 23 27/12/2024 German President Frank-Walter Steinmeier has dissolved Parliamen...
Popular Posts - Last 30 days
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai Majoriti Jumaat, 27 Dis 2024 Tangkap l...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5721)
-
▼
Dec 2024
(1127)
- Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga...
- 4 rakyat Malaysia cedera kemalangan bas di Norway ...
- Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara...
- Permohonan tahanan di rumah perlu dikemukakan kepa...
- LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai raka...
- Pergaduhan di stesen LRT: Beberapa individu lain a...
- Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
- CRISTIANO RONALDO 🇵🇹 | TOP GOAL SCORER OF ALL TIME
- Public caning takes place in Terengganu under Syar...
- Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
- Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT...
- Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Ja...
- Heroin Base Untuk Hampir 1 Juta Penagih Dirampas
- PGA Rampas Senjata, 124 Peluru, Dadah Di Kg. Degong
- Wanita Warga Emas Maut Kereta Langgar Tiang
- Polis Buru Pemandu Lori
- Selamba Rompak Kedia Emas Di Mahkota Parade
- SERBU RESTORAN & KAFE HIBURAN | 15 Warga Asing Ter...
- Amaran angin kencang dan laut bergelora di peraira...
- KPN saman Papagomo - Label Ketua Polis Negara pela...
- Sambutan Krismas, 210 pelajar Perak cipta rekod da...
- Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turun...
- Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadira...
- Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festi...
- Azerbaijan Probe Finds Russia Caused Deadly Plane ...
- Lelaki panah anjing telah didakwa pada 23 Dis - Polis
- Philippines 2 - 1 Thailand | Asean Mitsubishi Cup ...
- Arsenal 1 - 0 Ipswich Town | 2024/25 Premier Leagu...
- Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran t...
- Teo: 100 creative industry players to receive Ziar...
- Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan ...
- JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji pe...
- Tunku Mahkota Ismail sahkah Cahill bukan CEO Harim...
- Duta Perpaduan Johor dinobat Ikon Bahasa Melayu Ne...
- Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif e...
- Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas deng...
- PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Sin...
- JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdag...
- Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu,...
- Karnival papar bendera China diarah henti serta-me...
- German president dissolves Parliament, sets electi...
- TEKUN bantu lebih 2,700 usahawan India sepanjang t...
- VMY2024 attracts over 13 million tourists as of No...
- Social Media platforms must apply for operating li...
- [VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor...
- Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu F...
- Percubaan Seludup 81.34 Kg Methamphetamine Ke Saba...
- Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai...
- Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di ...
- Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di...
- Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan ...
- Muslim NGO's Make A Police Report against Minister...
- Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara...
- Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari s...
- Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airl...
- Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik ya...
- JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kem...
- Menteri Kewangan gesa pembangkang pertimbang usul ...
- Hukuman 6 sebatan di khalayak ramai selesai dalam ...
- 85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif el...
- Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak diden...
- Ahli Perniagaan Rugi Lebih RM800,000
- RM450k dikaitkan dengan pembantu menteri
- 'Bertaubat, jangan rosakkan keharmonian' - Nga nas...
- Laungan 'katak', 'pengkhianat' bergema dalam dewan
- HARAM Mahu Jerung Rasuah Dalam Politik Dibanteras ...
- Desak Hannah Letak Jawatan : Itu Hak PM - Nie Ching
- Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cub...
- Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
- PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan ...
- DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
- Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalanga...
- Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas...
- Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hor...
- Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan...
- Singapore lose 2-0 to Vietnam after VAR mayhem
- Singapore 0 - 2 Vietnam | Asean Mitsubishi Cup 202...
- Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawa...
- Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, keseja...
- Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdaga...
- Japan Airlines terjejas serangan siber
- Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk I...
- Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
- Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran ka...
- Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, pegua...
- Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewa...
- Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
- Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
- Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekat...
- Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, pegua...
- Vietnam defeated Singapore with two goals in late ...
- Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirak...
- Chelsea 1 - 2 Fulham | 2024/25 Premier League High...
- Nottingham Forest 1 - 0 Tottenham Hotspur | 2024/2...
- Liverpool 3 - 1 Leicester City | 2024/25 Premier L...
- Wolverhampton Wanderers 2 - 0 Manchester United | ...
- Sri Lankan President expresses interest in joining...
- 'Russian air defence system' downed Azerbaijan Air...
-
▼
Dec 2024
(1127)