Translate

14 December 2024

Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico



Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico

Agensi

14/12/2024


Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di bandar Mexico pada Jumaat. - Gambar/ REUTERS


MEXICO CITY: Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai-ramai di bandar Mexico pada Jumaat.

Program perkahwinan beramai-ramai itu dilaporkan semakin mendapat tempat di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kekangan kos dan masa.

Di acara itu, sejumlah pasangan dirai dalam sebuah majlis perkahwinan sivil di kawasan kejiranan Cuauhtemoc yang merupakan sebahagian program majlis perkahwinan beramai-ramai terakhir tahun ini.

Sebelum ini, pihak kerajaan tempatan telah berusaha memudahkan pasangan di negara itu melangsungkan perkahwinan dengan mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai secara percuma setiap tahun.

Menurut salah seorang penduduk tempatan dan pasangan pengantin baru, Ana Laura Rangel, inisiatif ini dilihat memudahkan proses untuk pasangan di negara itu.

"Sering kali, orang tidak dapat berkahwin kerana mereka tiada sumber kewangan atau ada sumber, tetapi tiada masa. Jadi ini sangat bagus," kata Rangel.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED