Translate

27 December 2024

Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes



Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes

Bernama

27/12/2024


Amirul Iskandar didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, menggunakan seterika wap panas di ALK UPNM, Sungai Besi pada 11.45 malam, 22 Oktober. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.

Hakim Egusra Ali menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin memohon tarikh baharu untuk serahan dokumen tambahan kes kepada pihak pembelaan.

Amirul Iskandar Norhanizan, 22, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas di ALK UPNM, Sungai Besi pada 11.45 malam, 22 Okt.

Amirul Iskandar yang kini diwakili peguam Ramkarpal Singh dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ramkarpal ketika ditemui pemberita berkata pihaknya masih belum menerima arahan daripada anak guam sama ada akan menyerahkan representasi atau sebaliknya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED