Translate
02 December 2024
Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangsa di seluruh negara berkurang
Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangsa di seluruh negara berkurang
Bernama
01/12/2024
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam ini berbanding 148,024 orang pada 4 petang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada enam orang hari ini, dengan kejadian terbaharu melibatkan dua lelaki warga emas yang lemas ketika memantau haiwan ternakan di Machang, Kelantan petang tadi.
Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam ini berbanding 148,024 orang pada 4 petang tadi.
PERAK kembali dilanda banjir apabila 130 mangsa membabitkan 36 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Kinta dan Kampar.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Melaka pula sedikit meningkat manakala di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis berkurang
Di PAHANG, mangsa terjejas banjir meningkat kepada 1,230 orang membabitkan 421 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,152 orang yang dilaporkan petang tadi, meliputi tiga daerah iaitu Raub, Jerantut dan Lipis.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 26 PPS dibuka di seluruh negeri itu dengan Raub masih kekal mencatatkan angka tertinggi mangsa iaitu seramai 1,092 orang, diikuti Jerantut (105) dan Lipis merekodkan 33 mangsa daripada empat keluarga.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi bertitah agar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan pihak berkuasa terlibat, lebih kerap mengemas kini data ramalan cuaca dan kejadian banjir yang berlaku di negara ini.
Baginda bertitah maklumat terkini amat penting kepada rakyat terutama mereka yang tinggal di lokasi berisiko dilanda bencana tersebut.
Jumlah mangsa banjir di JOHOR meningkat kepada 728 orang daripada 199 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 528 orang petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata sebuah lagi PPS dibuka di daerah Segamat iaitu Sekolah Agama Buloh Kasap menjadikan jumlah keseluruhan PPS aktif sebanyak 17.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata empat sungai iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat; serta Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma'amor di Tangkak dilaporkan berada pada paras bahaya.
Beliau berkata daerah Johor Bahru, Pontian, Segamat dan Kulai diramalkan cerah malam ini manakala Muar, Mersing, Batu Pahat dan Tangkak mendung, Kluang dan Kota Tinggi pula dijangka hujan.
Sementara di MELAKA pula, jumlah mangsa setakat 8 malam ini meningkat sedikit kepada 241 orang daripada 58 keluarga berbanding 238 orang petang tadi.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam kenyataan hari ini berkata pertambahan mangsa berlaku di daerah Jasin iaitu di PPS Seri Mendapat dengan 66 orang daripada 18 keluarga manakala di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu masih kekal menempatkan 95 orang daripada 24 keluarga.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 88,742 orang membabitkan 27,661 keluarga malam ini yang ditempatkan di 253 PPS berbanding 94,214 orang petang tadi.
Menerusi Portal Info Bencana JKM, jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 29,338 orang, diikuti Tumpat (18,640), Kota Bharu (7,940), Pasir Puteh (10,725) dan Kuala Krai (5,401), Bachok dengan 6,269 mangsa, Machang (6,310), Tanah Merah (4,038) dan Jeli (81).
Portal infobanjir.water.gov.my pula memaklumkan tiga sungai utama di negeri itu kekal melepasi paras bahaya namun dalam trend menurun iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang (10.88 meter), Sungai Golok di Tumpat (4.17 meter), dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (3.13 meter).
Jumlah mangsa banjir di TERENGGANU turut menunjukkan sedikit penurunan apabila 40,604 orang ditempatkan di PPS di seluruh negeri setakat malam ini berbanding 41,788 mangsa petang tadi.
Menurut Sekretariat JPBN, jumlah mangsa banjir di Besut direkodkan sebanyak 12,458 orang (3,360 keluarga) yang ditempatkan di 102 PPS; Dungun 7,647 mangsa (1,920 keluarga) di 43 PPS; Hulu Terengganu 6,694 mangsa (2,067 keluarga) di 57 PPS; manakala Kuala Nerus seramai 4,111 orang (1,076 keluarga) di 14 PPS.
Di Setiu pula, seramai 3,571 mangsa (950 keluarga) di 36 PPS; Kuala Terengganu 3,954 mangsa (998 keluarga) di 12 PPS; Kemaman 1,318 mangsa (342 keluarga) di 10 PPS; manakala Marang seramai 851 mangsa (219 keluarga) di sembilan PPS.
Selain itu, sebanyak 45 jalan Persekutuan dan negeri di seluruh Terengganu masih ditutup kepada semua kenderaan setakat ini berikutan paras air yang tinggi.
Sementara itu, di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 7,954 orang daripada 2,398 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 8,468 orang daripada 2,603 keluarga petang tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari enam daerah itu ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS).
Di NEGERI SEMBILAN, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam dengan 1,198 individu daripada 317 keluarga ditempatkan di sembilan PPS membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin dan Jempol.
Di PERLIS, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 69 orang daripada 16 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 75 orang daripada 18 keluarga pada petang tadi.
Menurut Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud 69 mangsa banjir itu masih berlindung di PPS SK Arau di Arau dan mereka antaranya dari Kampung Rambai, Kampung Banggol Sena, Kuala Tunggang dan Kampung Alor Setar.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
-
Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah satu hari lagi Bernama 04/01/2025 Kumpulan KRU (dari kiri) Datuk Norman Abdul Halim, Edry ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Dec 2024
(1259)
- Swiss cabin crew member dies after smoke problems ...
- Gelandangan berusia 39 tahun didakwa bunuh rakan
- Tiga Kakitangan Hadir Beri Keterangan Kepada JPJ
- Terima ugutan bunuh, Baby Shima lapor polis | 15 M...
- Dua rakan didakwa rompak pelancong asing
- Warden cabul pelajar pondok dipenjara 20 tahun, 13...
- Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan kera...
- Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan ten...
- Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan dilulus...
- Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak pere...
- Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa ...
- Fahmi Reza direman - Peguam
- KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tang...
- Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhada...
- Mayat Reput Mungkin Jasad Remaja 15 Tahun
- Mahkamah Venezuela denda TikTok $10 juta
- Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku MADA...
- Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timba...
- ANITA SARAWAK TOLAK Undangan KONSERT DIMALAYSIA
- Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap...
- 174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dike...
- Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal d...
- Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000
- Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025
- Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh
- JIM Serbu Kawasan Sekitar Bukit Bintang
- Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara tunai umrah
- Rob friend dilantik CEO FAM
- Langgar Bateri Lori Punca Kereta Terbakar
- Dua Maut Nahas Kereta Bertembung Treler
- Dua Geng Curi Motosikal Tumpas
- Ragut Untuk Bayar Hutang
- Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert ...
- Man United end miserable month with 2-0 home loss ...
- South Korea court issues arrest warrant for Presid...
- 2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Joho...
- Pengguna ‘telefon lama’ tidak boleh akses WhatsApp...
- Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual ass...
- Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan p...
- Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
- Germany accuses Elon Musk of trying to influence i...
- MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan da...
- Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu ...
- DUA MOTOSIKAL PENGIRING PDRM BERG3S3L DENGAN KERET...
- Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena...
- Extra Time Winner Allows Thailand To Edge Philippi...
- South Korea investigators request arrest warrant f...
- Ipswich Town 2 - 0 Chelsea | 2024/25 Premier Leagu...
- Manchester United 0 - 2 Newcastle United | 2024/25...
- Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai ...
- Orang Kuat BERSATU Sabah Letak Jawatan
- Datuk Seri, anak, menantu, 2 pekerja dituduh ceder...
- Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas d...
- Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000
- Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunu...
- Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong
- Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket p...
- Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran buru...
- Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendali 13 penerba...
- Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengg...
- Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual ...
- Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat s...
- Produk Kosmetik Seludup Di Jeti Haram #MGFlash
- JKDM rampas tembakau sedut, rokok, kretek bernilai...
- Lelaki kudung tangan kanan dituduh rompak 160 bung...
- 'Jamah lauk babi kerana tiada duit'
- Sanggup Cederakan Mata Untuk Dapat Insurans #MGFlash
- Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil Hala...
- Wanita tular bakar motosikal sebak mengaku salah
- Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
- Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitk...
- Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa...
- Lagi pesawat Jeju Air alami masalah gear pendaratan
- JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat...
- Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tah...
- Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas pene...
- Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas...
- JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara...
- Pasaran lengang berikutan cuti dorong ringgit dibu...
- Gelombang Ketiga Banjir Di Kelantan Dan Terengganu
- BANJIR DI TAMAN SERI ALAM, PUNCAK ALAM, 200 Rumah ...
- Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini, T...
- Dua maut pesawat ringan terhempas di UAE
- US 39th President Jimmy Carter dies at 100
- Leicester City 0 - 2 Manchester City | 2024/25 Pre...
- Tottenham Hotspur 2 - 2 Wolverhampton Wanderers | ...
- West Ham United 0 - 5 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Hanya Ingin Membantu, Tidak Sangka Video Tular - B...
- Air Canada Flight, With Passengers Inside, Catches...
- South Korea airport design was 'unbelievably awful...
- Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
- Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
- Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
- Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketig...
- USS Carl Vinson berlabuh di Pelabuhan Klang
- Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
- Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertudu...
- Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan ment...
- Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
-
▼
Dec 2024
(1259)