Bangunan berhampiran stesen kereta api Saint-Lazare di Paris terbakar
Bernama
25/12/2024
Kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan itu yang sedang dalam proses pembinaan. - Foto X/Adriano
PARIS: Sebuah bangunan berhampiran stesen kereta api Saint-Lazare di daerah pentadbiran atau arondisemen kelapan Paris terbakar, lapor Xinhua yang memetik media Perancis.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Laporan media Perancis menyebut, kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan itu yang sedang dalam proses pembinaan.
Lebih 80 anggota bomba dengan 20 jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. Penduduk di kawasan berhampiran turut dipindahkan.
Bomba berusaha memadamkan api sejak 9 pagi (0800 GMT) dan datuk bandar arondisemen kelapan turut berada di lokasi kejadian.
-- BERNAMA