300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Bernama
14/12/2024

Ab Rauf bergambar bersama kereta berjenama Haval H6 HEV pada Pelancaran Penghantaran Kereta Ke-1,000 di EP Manufacturing Bhd (EPMB), pada Jumaat. - Gambar Bernama
ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka bercadang menambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, perancangan itu akan menjadi nilai tambah terbaik dalam usaha menarik lebih ramai pelabur bagi melonjakkan perkembangan industri pemasangan dan pengeluaran EV serta kenderaan cekap tenaga (EEV) di negeri ini.
"Sekarang ini kita ada 132 stesen pengecasan EV di seluruh Melaka dan kita akan cuba menambahnya di kawasan strategik terutama di pusat tumpuan pelancongan dan untuk itu kita menggalakkan pihak swasta turut bekerjasama dalam perancangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penghantaran Kereta ke-1,000 oleh Kumpulan EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Kawasan Perindustrian HICOM Pegoh, di sini, pada Jumaat, yang turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan EPMB, Hamidon Abdullah.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, perkembangan EV dan EEV di negeri ini juga akan memainkan peranan penting dalam Pelan Pembangunan Hijau Melaka yang menekankan perkembangan teknologi rendah karbon.
"Ini juga merupakan komitmen kerajaan negeri dalam menggalakkan penggunaan EEV sama ada melalui insentif kepada pengguna mahupun sokongan terhadap industri automotif hijau," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perkembangan industri pemasangan kereta di Melaka yang terus melonjak dan diperkukuhkan dengan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur, Johor, dan Singapura, telah menjadikan negeri ini sebagai hab pemasangan serta pengeluaran EV dan EEV.
Ab Rauf berkata, ia dapat dilihat menerusi keyakinan Honda Malaysia yang mempunyai satu-satunya kilang pemasangan kereta di Melaka dan diikuti Kumpulan EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang mempunyai reputasi tinggi sebagai syarikat pembekal dan pemasangan komponen modular, keselamatan dan kritikal kepada jenama utama seperti Toyota, Proton, Perodua dan Mazda.
"Langkah berani yang diambil oleh EPMB dalam mempelbagaikan pelaburannya ke sektor pembuatan EV sejak 2022 juga dilihat sangat tepat dan selaras dengan trend terkini ke arah kenderaan lebih mesra alam. Pencapaian ini sudah tentu memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Melaka," katanya.
Beliau berkata, usaha memajukan industri hiliran automotif juga satu potensi besar dalam jangka masa panjang termasuk menyediakan peluang kepada penduduk tempatan khususnya generasi muda di Melaka untuk berkecimpung dalam industri automotif berasaskan EV dan EEV. - BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Dec 2024
(1259)
- Swiss cabin crew member dies after smoke problems ...
- Gelandangan berusia 39 tahun didakwa bunuh rakan
- Tiga Kakitangan Hadir Beri Keterangan Kepada JPJ
- Terima ugutan bunuh, Baby Shima lapor polis | 15 M...
- Dua rakan didakwa rompak pelancong asing
- Warden cabul pelajar pondok dipenjara 20 tahun, 13...
- Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan kera...
- Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan ten...
- Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan dilulus...
- Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak pere...
- Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa ...
- Fahmi Reza direman - Peguam
- KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tang...
- Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhada...
- Mayat Reput Mungkin Jasad Remaja 15 Tahun
- Mahkamah Venezuela denda TikTok $10 juta
- Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku MADA...
- Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timba...
- ANITA SARAWAK TOLAK Undangan KONSERT DIMALAYSIA
- Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap...
- 174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dike...
- Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal d...
- Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000
- Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025
- Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh
- JIM Serbu Kawasan Sekitar Bukit Bintang
- Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara tunai umrah
- Rob friend dilantik CEO FAM
- Langgar Bateri Lori Punca Kereta Terbakar
- Dua Maut Nahas Kereta Bertembung Treler
- Dua Geng Curi Motosikal Tumpas
- Ragut Untuk Bayar Hutang
- Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert ...
- Man United end miserable month with 2-0 home loss ...
- South Korea court issues arrest warrant for Presid...
- 2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Joho...
- Pengguna ‘telefon lama’ tidak boleh akses WhatsApp...
- Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual ass...
- Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan p...
- Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
- Germany accuses Elon Musk of trying to influence i...
- MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan da...
- Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu ...
- DUA MOTOSIKAL PENGIRING PDRM BERG3S3L DENGAN KERET...
- Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena...
- Extra Time Winner Allows Thailand To Edge Philippi...
- South Korea investigators request arrest warrant f...
- Ipswich Town 2 - 0 Chelsea | 2024/25 Premier Leagu...
- Manchester United 0 - 2 Newcastle United | 2024/25...
- Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai ...
- Orang Kuat BERSATU Sabah Letak Jawatan
- Datuk Seri, anak, menantu, 2 pekerja dituduh ceder...
- Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas d...
- Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000
- Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunu...
- Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong
- Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket p...
- Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran buru...
- Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendali 13 penerba...
- Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengg...
- Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual ...
- Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat s...
- Produk Kosmetik Seludup Di Jeti Haram #MGFlash
- JKDM rampas tembakau sedut, rokok, kretek bernilai...
- Lelaki kudung tangan kanan dituduh rompak 160 bung...
- 'Jamah lauk babi kerana tiada duit'
- Sanggup Cederakan Mata Untuk Dapat Insurans #MGFlash
- Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil Hala...
- Wanita tular bakar motosikal sebak mengaku salah
- Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
- Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitk...
- Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa...
- Lagi pesawat Jeju Air alami masalah gear pendaratan
- JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat...
- Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tah...
- Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas pene...
- Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas...
- JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara...
- Pasaran lengang berikutan cuti dorong ringgit dibu...
- Gelombang Ketiga Banjir Di Kelantan Dan Terengganu
- BANJIR DI TAMAN SERI ALAM, PUNCAK ALAM, 200 Rumah ...
- Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini, T...
- Dua maut pesawat ringan terhempas di UAE
- US 39th President Jimmy Carter dies at 100
- Leicester City 0 - 2 Manchester City | 2024/25 Pre...
- Tottenham Hotspur 2 - 2 Wolverhampton Wanderers | ...
- West Ham United 0 - 5 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Hanya Ingin Membantu, Tidak Sangka Video Tular - B...
- Air Canada Flight, With Passengers Inside, Catches...
- South Korea airport design was 'unbelievably awful...
- Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
- Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
- Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
- Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketig...
- USS Carl Vinson berlabuh di Pelabuhan Klang
- Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
- Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertudu...
- Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan ment...
- Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway