Translate

31 December 2024

Swiss cabin crew member dies after smoke problems forced emergency landing



Swiss cabin crew member dies after smoke problems forced emergency landing

By Reuters

Dec. 31, 2024


Swiss International Air Lines said on Monday a member of its cabin crew who ended up in intensive care last week when the flight he was on suffered engine problems and smoke inside the plane has died in the hospital.

The Airbus A220-300 from Bucharest to Zurich made an emergency landing in the Austrian city of Graz on Dec. 23 after the problems arose.

Swiss International Air Lines announced on Monday that a cabin crew member has died in the hospital following a flight incident last week involving engine problems and smoke in the cabin.NurPhoto via Getty Images

The man was then taken to a hospital in Graz, where he died.

“We are all deeply shocked by the death of our beloved colleague. The news leaves us deeply saddened and stunned. Our thoughts are with the young man’s relatives, whose pain must be boundless,” said Jens Fehlinger, CEO of Swiss.

The airline said it was not providing further details about the late crew member or the cause of death out of consideration for his grieving relatives.

The flight in question was carrying 74 passengers, 12 of whom received medical care.

Those hospitalized were later able to leave hospital.

Swiss said last week’s initial findings pointed to a technical problem in one of the engines while noting that their investigations also focused on the use of protective equipment for the cabin crew, known as protective breathing equipment.




Gelandangan berusia 39 tahun didakwa bunuh rakan









Tiga Kakitangan Hadir Beri Keterangan Kepada JPJ









Terima ugutan bunuh, Baby Shima lapor polis | 15 MINIT MMTV TERKINI 31 Disember 2024











Baby Shima files police report over alleged death threat on social media

New Straits Times

December 31, 2024

Singer and actress Nor Ashima Ramli, known as Baby Shima, has filed a police report over a death threat she allegedly received on social media. - Pic from Instagram/babyshimaofficial


KUALA LUMPUR: Singer and actress Nor Ashima Ramli, known as Baby Shima, has filed a police report over a death threat she allegedly received on social media.

In an Instagram post, the 32-year-old shared a screenshot of a comment from a Facebook user, who reportedly expressed displeasure about her presence in Sarawak. Along with the criticism, the individual is said to have issued a death threat.

Baby Shima has faced criticism in the past for her provocative social media posts and has previously received death threats from an unknown source.

The dangdut singer is scheduled to perform at the 'Motac Bersama Komuniti Sibu' event today at the Azman Hashim Community Sports Complex in Sibu Jaya, Sarawak

Following the threat, Baby Shima lodged a police report in Sibu early this morning, accompanied by Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing.

"Thank you to Minister Tiong for your concern and for coming to the Sibu police station at 2am. It was truly unexpected. Thank you very much!" Baby Shima said.

The artist, known for blending R&B, jazz, and soul, has a large following across Southeast Asia.

Tiong is the Bintulu Member of Parliament and the Dudong assemblyman for Sibu district.


Dua rakan didakwa rompak pelancong asing









Warden cabul pelajar pondok dipenjara 20 tahun, 13 sebatan









Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan kerajaan - KSN

 







Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan tenaga mampan



Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan tenaga mampan

Bernama

31/12/2024


Akta ini mewajibkan pengguna tenaga besar melantik pengurus tenaga berdaftar, melaksanakan sistem pengurusan tenaga, menyediakan laporan kecekapan tenaga, dan menjalankan audit tenaga.


PUTRAJAYA: Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 (Akta 861) dan Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 akan berkuat kuasa esok, sebagai usaha merealisasikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 (Akta 861) dan Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 akan berkuat kuasa esok, bertujuan menjadikan Malaysia lebih mampan tenaga.

Akta ini mewajibkan pengguna tenaga besar melantik pengurus tenaga berdaftar, melaksanakan sistem pengurusan tenaga, menyediakan laporan kecekapan tenaga, dan menjalankan audit tenaga.

Produk menggunakan tenaga perlu memenuhi standard prestasi tenaga minimum (MEPS) dan mempamerkan label penarafan kecekapan tenaga.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan Akta 861 yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dan diwartakan pada 26 Nov lepas itu, akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih mampan tenaga.

"Akta ini, yang terdiri daripada 10 bahagian utama merangkumi antaranya kewajipan pengguna tenaga dan diperluas kepada pengawalseliaan produk menggunakan tenaga (EUP), akan dilaksanakan di bawah pengawalseliaan ST sebagai agensi penguatkuasaan yang bertujuan meningkatkan lagi kecekapan dan konservasi tenaga," menurut kenyataan itu.

ST memberitahu antara perkara utama yang digariskan dalam akta itu ialah kewajipan pengguna tenaga yang menggunakan tenaga menyamai atau melebihi ambang 21,600 GJ setahun untuk melantik pengurus tenaga berdaftar, membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan tenaga, menyediakan laporan kecekapan tenaga, dan menjalankan audit tenaga.

Selain itu, keperluan penarafan kecekapan tenaga bagi bangunan yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga akta, iaitu bangunan dikehendaki mempamerkan label intensiti tenaga dan memenuhi standard kecekapan tenaga minimum.

Perkara lain yang terkandung dalam akta itu ialah keperluan pendaftaran terhadap pengilang dan pengimport produk menggunakan tenaga, dengan produk yang berkaitan perlu memenuhi standard prestasi tenaga minimum (MEPS), mempamerkan label penarafan kecekapan tenaga dan menggalakkan penggunaan produk cekap tenaga dalam pasaran.

Terdapat juga keperluan pendaftaran bagi pengurus tenaga dan juruaudit tenaga termasuklah keperluan untuk kelayakan akademik dan profesional tertentu bagi meningkatkan standard profesional dalam pengurusan tenaga; dan pendaftaran institusi latihan yang terlibat dalam latihan berkaitan dengan kecekapan tenaga.

ST memaklumkan Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 yang memperincikan keperluan pelantikan pengurus tenaga, sistem pengurusan tenaga, audit tenaga dan pelaporan kecekapan tenaga, akan melengkapkan penguatkuasaan Akta 861.

Antara inti pati penting di bawah Peraturan-Peraturan itu ialah tanggungjawab pengguna tenaga untuk melantik pengurus tenaga berdaftar dalam kalangan pekerja mereka sekiranya penggunaan tenaga melebihi ambang penggunaan yang telah ditetapkan.

"Laporan audit tenaga juga hendaklah dikemukakan kepada ST mengikut tempoh yang ditetapkan. Peraturan-Peraturan itu memperuntukkan keperluan bagi label intensiti tenaga untuk bangunan dan label terbabit perlu diperbaharu setiap tahun," menurut kenyataan itu.

ST menjelaskan produk menggunakan tenaga juga diwajibkan untuk memenuhi standard MEPS dan mempamerkan label penarafan kecekapan tenaga dan secara kesimpulannya, peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini akan memastikan pelaksanaan Akta 861 dibuat secara menyeluruh dan konsisten.

Menurut ST, susulan daripada penguatkuasaan Akta 861, Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap 2008 di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] akan dibatalkan melalui Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap (Pembatalan) 2024.

Langkah itu, menurut kenyataan berkenaan bertujuan memastikan keselarasan dasar dan peraturan tenaga yang lebih moden dan relevan untuk menyokong keperluan masa kini.

-- BERNAMA

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024



Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024

Bernama

31/12/2024


Chow Kon Yeow (foto) berkata daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu sektor pembuatan menyumbang sebanyak RM12.1 bilion manakala sektor perkhidmatan RM10.4 bilion. -Gambar fail/Bernama


GEORGE TOWN: Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.

Pulau Pinang merekodkan pelaburan RM22.6 bilion dalam sektor perindustrian sehingga suku ketiga 2024, dengan sektor pembuatan menyumbang RM12.1 bilion dan sektor perkhidmatan RM10.4 bilion.

Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Peningkatan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang didorong oleh penerbangan terus baharu dari Shenzhen, China dan Chennai, India, merangsang ekonomi negeri.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu sektor pembuatan menyumbang sebanyak RM12.1 bilion manakala sektor perkhidmatan RM10.4 bilion.

"Kendatipun Pulau Pinang 'kecil-kecil cili padi', angka berkaitan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi negeri ini dengan 364 projek dicatatkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan dianggarkan 14,042 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan untuk rakyat negeri ini khasnya," katanya menerusi perutusan sempena Tahun Baharu 2025, hari ini.

Menurutnya, sehingga 31 Dis, 2024, Pulau Pinang merekodkan pencapaian 73 peratus dengan 359 projek berjaya disiapkan, sembilan sedang berlangsung manakala lima lagi sedia dilaksanakan di bawah Visi Penang2030, yang digagaskan bagi melahirkan sebuah 'Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara'.

Chow berkata dengan aktiviti ekonomi yang rancak itu infrastruktur dan sistem pengangkutan awam yang efisien akan dimantapkan untuk memastikan kelancaran mobiliti, meningkatkan kualiti hidup serta penyuraian kesesakan lalu lintas.

"Bagi tujuan tersebut kerajaan negeri telah merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengoptimumkan infrastruktur serta pengangkutan awam terutamanya projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara yang kini berada pada peringkat rundingan.

"Tanah untuk depoh projek LRT di Pulau Silikon juga dijangka siap dan diserahkan kepada pemaju serta pemilik aset untuk projek tersebut, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjelang akhir 2025," katanya.

Selain itu, beliau berkata Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang diumumkan Kerajaan Persekutuan juga telah dimulakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada pertengahan tahun ini.

"Ia merupakan langkah strategik untuk menjadikan PIA sebagai salah satu lapangan terbang yang mempunyai ketersambungan dengan volum penerbangan tertinggi dalam negara, malah tidak mustahil di Asia.

"Peningkatan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang turut didorong oleh peningkatan jumlah penerbangan terus dari pelbagai lokasi di seluruh dunia terutamanya dengan pengenalan laluan baharu ke Shenzhen, China dan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Chennai, India," katanya.

Chow yang juga Pengerusi Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi negeri berkata peningkatan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pelancongan, tetapi juga merangsang ekonomi negeri secara keseluruhan.

-- BERNAMA

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan



Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan

Bernama

31/12/2024


Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan. -Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium, bulan lepas.

Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, dengan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 33 tahun, yang ketika kejadian merupakan pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Egusra Ali.

Lelaki itu didakwa mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sembilan bulan semasa kejadian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa di sebuah kondominium di Jalan Kuching, Sentul di sini antara 9 hingga 11 malam, 21 Nov lepas.

Wanita itu yang juga ibu tiri kanak-kanak berkenaan, dituduh menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Peguam Farriz Minarwan Basaruddin yang mewakili tertuduh wanita dan Mohamad Zainuddin Abu Bakar mewakili tertuduh lelaki memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 23 Jan ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa akibat pendarahan dalaman pada kepala



Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa akibat pendarahan dalaman pada kepala

Bernama

31/12/2024


Tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala semasa mendapatkan rawatan di hospital. -Gambar hiasan/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 12 Nov lepas semasa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II adalah disebabkan pendarahan dalaman pada bahagian kepala.

Tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Jabatan Penjara Malaysia telah membuat laporan polis pada hari kematian dan keluarga tahanan juga membuat laporan pada 16 Disember berkaitan punca kematian.

Jabatan Penjara akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan dan meminta orang awam tidak menyebarkan berita tidak sahih mengenai kejadian tersebut.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan prospek merupakan tahanan reman lelaki berumur 32 tahun dan telah dimasukkan ke Penjara Pengkalan Chepa atas kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan tiada masalah kesihatan.

Menurut Jabatan Penjara, satu laporan polis telah dibuat berkaitan kes kematian tahanan reman pada hari sama oleh pegawai penjara bertugas.

"Berdasarkan laporan pegawai perubatan dan siasatan pegawai penjara, hakim koroner telah mengesahkan punca kematian dan pihak keluarga prospek berpuas hati dengan keterangan yang diberikan seterusnya jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan," menurut kenyataan itu.

Namun, pada 16 Dis, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga prospek berkaitan punca kematian prospek.

"Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk sebarang siasatan yang dilaksanakan.

"Sehubungan itu, Jabatan Penjara memohon kerjasama daripada orang awam agar tidak menyebar luas berita yang tidak sahih berkaitan kejadian kes itu," menurut kenyataan itu.

Media tempatan semalam melaporkan keluarga prospek mendakwa kematian itu dalam keadaan mencurigakan dan mereka dalam usaha untuk menuntut keadilan atas apa yang berlaku.

-- BERNAMA

Fahmi Reza direman - Peguam



Fahmi Reza direman - Peguam

Bernama

31/12/2024


Aktivis Fahmi Reza direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung satu karyanya yang seumpama sindiran. -Gambar fail


KOTA KINABALU: Aktivis Fahmi Reza direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung satu karyanya yang seumpama sindiran.

Aktivis Fahmi Reza direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung satu karyanya yang seumpama sindiran.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret.

Fahmi sedang disiasat berhubung penghasilan grafik mengenai gabenor Sabah yang baru dilantik, Tun Musa Aman.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Peguam Fahmi, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Sherzali Herza Asli mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Fahmi sedang disiasat berhubung penghasilan satu grafik mengenai gabenor Sabah yang baru dilantik Tun Musa Aman.

-- BERNAMA

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi



KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi

Bernama

31/12/2024


Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan. -Gambar hiasan/Reuters


KUALA LUMPUR: Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Kumpulan M50 (antara B20 dan T30) masih rentan secara ekonomi, menghadapi masalah menyeimbangkan keperluan asas dan perbelanjaan aspirasi.

KRI menggesa pengelasan pendapatan ditakrifkan semula untuk dasar yang lebih bersasar, memastikan sumber disalurkan kepada kumpulan yang paling memerlukan.

Kajian itu mendapati, sebaliknya, hanya kumpulan berpendapatan 30 peratus tertinggi (T30) yang menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Kumpulan pendapatan 50 peratus pertengahan (M50) --- kumpulan di antara B20 dan T30 -- masih rentan secara ekonomi, dan menghadapi masalah penyeimbangan antara memenuhi keperluan asas dan membeli produk yang lebih beraspirasi, jelas kajian itu.

"Penemuan ini menimbulkan persoalan penting mengenai ketepatan klasifikasi isi rumah B40, M40, dan T20 semasa yang digunakan oleh kerajaan Malaysia," menurut KRI dalam kenyataan pada Selasa mengenai kertas kerja terkininya bertajuk "Searching for the 'Poor' and 'Middle Class' in Malaysia" yang diterbitkan pada 30 Dis, 2024.

KRI menjelaskan selama hampir 15 tahun, daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) hingga Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Malaysia telah menggunakan klasifikasi itu sebagai asas dasar ekonomi.

"Kebanyakan dasar menyamakan B40 dengan isi rumah miskin dan M40 dengan kelas pertengahan atau isi rumah 'bercita-cita tinggi/kelas aspirasi'.

"Kertas kerja ini mendapati klasifikasi tersebut mungkin tidak lagi mencerminkan realiti kerana kumpulan isi rumah dalam kategori ini tidak memiliki corak perbelanjaan yang seragam," tambahnya.

Menurut KRI, corak perbelanjaan golongan antara B20 dan T30, yang boleh disebut sebagai M50, kelihatan agak seiras, dengan isi rumah dalam kumpulan ini masih menghadapi kompromi antara memenuhi keperluan asas dan membeli produk yang lebih beraspirasi.

"Walaupun sesetengah isi rumah mampu menikmati sedikit perbelanjaan tambahan, seperti makan di luar atau menghantar anak ke kelas tambahan, mereka masih mengalami kompromi dalam kesejahteraan dan taraf hidup.

"Golongan M50 ini bukanlah kelas pertengahan sebenar dan masih terdedah kepada risiko ekonomi," jelas KRI.

Menurut KRI oleh itu, lebih tepat untuk menyatakan hanya 30 peratus teratas daripada jumlah isi rumah tergolong dalam kelas pertengahan atau kelas aspirasi.

Dalam ringkasan kertas kerja itu, KRI juga menekankan kumpulan M50 kekal terdedah, dengan kapasiti terhad untuk membeli produk yang lebih beraspirasi.

Corak perbelanjaan mereka mencerminkan kerentanan yang berterusan dan akses terhad kepada barangan dan perkhidmatan aspirasi, jelasnya.

KRI menggesa supaya pengelasan kumpulan pendapatan ditakrifkan semula untuk dasar yang bersasar, dengan pembuat dasar beralih daripada menggunakan kategori yang sudah lapuk kepada langkah mengguna pakai rangka kerja perbelanjaan bersepadu.

Institut penyelidikan itu yakin pendekatan tersebut akan memastikan sumber cisalurkan kepada kumpulan yang paling memerlukan.

"Intervensi seperti subsidi bersasar untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan, serta dengan inisiatif penciptaan pekerjaan, adalah penting untuk meningkatkan kestabilan ekonomi kumpulan M50, membolehkan mereka beralih kepada perbelanjaan beraspirasi dan memupuk mobiliti meningkat," tambah KRI.

KRI menggesa kerajaan supaya mengutamakan kumpulan B20 dengan dasar-dasar yang memastikan akses kepada perumahan mampu milik, makanan, penjagaan kesihatan, dan keperluan asas lain, yang penting untuk melindungi kesejahteraan mereka.

-- BERNAMA

Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN









Mayat Reput Mungkin Jasad Remaja 15 Tahun

 







Mahkamah Venezuela denda TikTok $10 juta









Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku MADANI hari ini









Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timbalan Presiden









ANITA SARAWAK TOLAK Undangan KONSERT DIMALAYSIA

 







Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat



Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat

Bernama

31/12/2024


Ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4575/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4700 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual.

"Ini mungkin menarik minat pelabur untuk membeli ringgit, memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak berhasrat untuk melonggarkan dasar monetarinya tahun depan.

"Ini berbeza dengan kalangan bank pusat serantau seperti di Indonesia, Filipina, dan Thailand, yang telah mula melaksanakan kitaran pengurangan kadar faedah masing-masing tahun ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di peringkat luaran, keadaan kini lebih memihak kepada dolar AS apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka melonggarkan dasar monetarinya secara lebih beransur-ansur pada 2025.

Mohd Afzanizam berkata Fed kemungkinan mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) di atas paras neutral -- kadar yang tidak bersifat pengembangan atau penguncupan bagi ekonomi.

"Berdasarkan unjuran terkini Fed, kadar neutral berada di sekitar 3.00 peratus. Pengurangan sebanyak 50 mata asas lagi boleh menyebabkan FFR berada pada 4.00 peratus tahun depan, yang menunjukkan dasar monetari akan kekal ketat.

"Berdasarkan ini, pasangan ringgit-dolar AS mungkin bergerak sekitar RM4.46 hari ini," katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun.

Unit domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.5933/6090 daripada 5.6146/6215 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.6385/6515 daripada 4.6583/6640.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.8388/8471 daripada 2.8278/8314 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2788/2882 daripada 3.2890/2935 semalam, dan lebih stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 276.1/277.0 daripada 276.5/277.0.

Ringgit tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.0428/0905 daripada 13.0905/1139 dan lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.70/7.72 semalam.

-- BERNAMA

174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti



174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti

Bernama

31/12/2024


Lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana ketidakpadanan DNA. -Gambar fail/AP


SEOUL: Sebanyak 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa, lapor Xinhua.

Sebanyak 174 daripada 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti.

Lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana ketidakpadanan DNA.

Pesawat terhempas akibat kegagalan gear pendaratan, menyebabkan ia mendarat tanpa roda dan terbakar.

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua.

Bagaimanapun, lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA.

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian telah dimulakan, menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat kepada keluarga mangsa mungkin mengambil masa sehingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk.

Pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km di barat daya Seoul.

Insiden dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan, menyebabkan pesawat mendarat tanpa roda, merempuh dinding luar landasan lalu terbakar.

-- BERNAMA

Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024



Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024

Bernama

31/12/2024


Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.39 mata kepada 1,637.29 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.39 mata kepada 1,637.29 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,638.43.

Sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 154 berbanding 93 manakala 292 kaunter kekal tidak berubah, 1,850 kaunter tidak diniagakan, dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 117.88 juta unit bernilai RM39.74 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, Wall Street ditutup rendah ketika sesi dagangan tidak menentu pada Isnin berikutan pengambilan untung selepas ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi cemerlang bagi 2024.

Firma pembrokeran itu juga mendapati berlakunya aktiviti pembelian semasa harga murah berterusan ke atas kaunter-kaunter yang membentuk FBM KLCI.

'Walaupun aliran keluar asing berlaku namun, jumlahnya tidak menjejaskan pasaran.

"Memandangkan indeks itu dapat melepasi paras 1,630 kami menjangkakan indeks berpotensi menyasarkan 1,650 dan berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,650 hari ini, dengan harapan menutup tempoh 2024 dengan prestasi tinggi," tambahnya dalam nota penyelidikan.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB menambah satu sen kepada RM8.16, TNB meningkat empat sen kepada RM14.88, manakala IHH Healthcare, Hong Leong Bank dan CelcomDigi masing-masing kekal tidak berubah pada RM7.23, RM20.42, dan RM3.70.

Maybank turun dua sen kepada RM10.22, dan Public Bank susut satu sen kepada RM4.53.

Bagi saham aktif, Velocity Capital dan SMTrack masing-masing menambah setengah sen kepada 4.5 sen dan 2.0 sen, manakala Harvest Miracle menokok satu sen kepada 15 sen.

Jaks Resources dan Malayan United masing-masing mendatar pada 13 sen dan 7.5 sen. Sementara itu, MUI Properties kurang 5.5 sen kepada 38 sen, dan Reach Energy turun setengah sen kepada 2.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 5.59 mata kepada 12,552.33, Indeks FBM Emas Syariah kurang 1.92 mata kepada 12,576.92, dan Indeks FBMT 100 turun 5.94 mata kepada 12,231.24.

Indeks FBM 70 susut 20.43 mata kepada 18,798.80, manakala Indeks FBM ACE menambah 2.41 mata kepada 5,348.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 11.37 mata kepada 19,095.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.33 mata kepada 175.66, Indeks Tenaga naik 2.32 mata kepada 828.86, dan Indeks Perladangan meningkat 11.87 mata kepada 7,631.

-- BERNAMA

Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000









Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025









Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh









JIM Serbu Kawasan Sekitar Bukit Bintang









Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara tunai umrah









Rob friend dilantik CEO FAM













FAM names Rob Friend as Harimau Malaya CEO

Bernama

December 31, 2024




KUALA LUMPUR: The Football Association of Malaysia (FAM) today ended a long-standing question when it announced former Canadian national player, Robert Douglas Friend, as the chief executive officer (CEO) of the national team.

In a statement, FAM announced that Friend, better known as Rob Friend, who is described as the main leader in the new organisational structure for the Harimau Malaya squad revolution, will officially begin his duties at Wisma FAM in Kelana Jaya next month.

"He (Rob Friend) is heavily involved in leading the establishment and strategic development of the club, the development of the stadium and training centres, overseeing all aspects of the club's operations, player purchases, the appointment of coaching staff, sponsorship negotiations, and financial management which has led to a significant increase in the value of the club involved.

"His various experiences as a player as well as in the fields of management and administration are hoped to be able to provide a new injection in managing the planning and programmes involving the national team, especially the senior and U-23 squads during this initial period," according to the statement.

At the same time, FAM explained that Rob Friend will also ensure that the new organisational structure will be equipped with a quality and experienced workforce in various aspects needed to provide a strong national team.

Originally from Rosetown, Saskatchewan, Rob Friend, who will be 44 years old next month, comes with an impressive portfolio through his involvement in the field of football management and administration after he retired as a player in Dec 2014.

He started as a managing partner at DRG Investment Group, a real estate investment and management company, from 2014 until now.

From 2017 to 2021, he became the founder of Toca Football Canada, a football-specific training technology company, and left when the company's capital increase reached US$150 million (RM670 million).

He is also a managing partner at SixFive Sports Fund, an investment body in professional football and infrastructure through club ownership, stadiums, and training facility development starting from 2019 until now.

Among his biggest involvements is as one of the co-founders of the Canadian professional football league, the Canadian Premier League (CPL), and successfully increasing the value of the league from US$0 to US$300 million (RM1.34 billion) within six years.

In addition, he has led the top management and administration of two clubs that play in the CPL, namely as CEO and co-founder of Pacific FC from 2019 to 2022 and as president and co-founder of Vancouver FC from 2022 to the present.

Meanwhile, as a player, Rob Friend, who played in the attack, has represented German clubs Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt, and 1860 Munich as well as the American club, LA Galaxy.

At the international level, he has made 32 appearances for Canada from 2003 to 2011.

For the record, on Dec 16, FAM announced Peter Cklamovski from Australia as the national head coach and Mohd Nafuzi Zain as the head coach of the national U-23 squad effective tomorrow (Jan 1).-- BERNAMA

Langgar Bateri Lori Punca Kereta Terbakar









Dua Maut Nahas Kereta Bertembung Treler









Dua Geng Curi Motosikal Tumpas









Ragut Untuk Bayar Hutang

 







Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia



Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia

Bernama

31/12/2024


Persembahan Afgan pada Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena, di George Town, 29 Dis 2024. --fotoBERNAMA


GEORGE TOWN: "Malam ini milik kita", mungkin itulah perasaan yang menyulami jiwa lebih 6,000 peminat yang terpesona dengan keindahan alunan suara penyanyi genre melakonlik popular Indonesia Afgan, pada malam Sabtu, 28 Dis lepas.

Sebagai penutup tirai 2024, konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena, dekat sini pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat setianya, khususnya di Malaysia.

Menunaikan janji sebuah konsert yang epik dan bakal diingati, pemilik nama lengkap Afgan Syahreza, 35, menghangatkan pentas dengan lagu-lagu balada dan rancak yang berjaya menusuk kalbu serta menjentik galau dalam kalangan peminatnya.

Bait-bait romantis dengan melodi menyentuh jiwa dalam setiap untaian lagu yang didendangkan Afgan, sememangnya, memukau penonton untuk terus kekal hanyut dengan emosi pada malam itu dengan rasa cinta, rindu dan bahagia, persis sebuah kisah novel.

Menjejaki pertama kali ke negeri Pulau Mutiara dengan konsert solo terbesar sepanjang 17 tahun kariernya dalam industri muzik, Afgan yang terkenal dengan sikap penuh budiman itu turut menambat hati peminatnya dengan bertutur dalam loghat utara, sehingga membuat peminatnya menjadi 'histeria' seketika.

"Hangpa semua apa habaq? Betul ke? Saya baru belajar tadi di belakang (pentas) Penang slang, jadi ngak? Aku cinta hangpa semua," selorohnya seusai mengalunkan lagu Pesan Cinta diikuti Wajahmu Mengalihkan Duniaku, membuatkan segenap ruang arena bergema dengan jeritan dan sorakan peminat khususnya dalam kalangan wanita yang terkesima dengan kelunakan vokal serta ketampanan lelaki itu.

Terharu dengan sambutan diterima serta impian menjayakan konsert solo terbesar dalam perjalanan kariernya menjadi kenyataan selepas hampir dua dekad penantian, bibir anak kepada Loyd Yahya dan Lola Purnama ini tidak henti-henti mengungkapkan terima kasih atas sokongan peminatnya selama ini.


fotoBERNAMA

Menyedari tanpa peminat kehadirannya dalam persada muzik bagaikan tidak ada ertinya, pemenang trofi Artis Lelaki Terbaik, Anugerah Planet Muzik pada 2009 itu turut mengajak peminat mengimbau kembali pembabitan awalnya dalam bidang seni menerusi lagu Entah diikuti Cinta Dua Hati, Shallow Water dan Dia, dia, dia.

Malah Afgan turut melahirkan rasa terharu apabila melihat setiap sudut dalam arena itu dipenuhi dengan kehadiran peminat setianya yang bukan hanya terdiri daripada generasi milenial tetapi juga generasi Z.

"I'm so happy, thank you guys for being here with me. (Saya) tak pernah buat konsert di sini, this is my biggest concert ever. This is my first time in Penang," katanya yang turut berterima kasih kepada ibu bapanya yang sentiasa hadir menyokong pada setiap persembahannya.

Biarpun malam kian larut, namun Setia Spice Arena semakin gegak gempita apabila penyanyi lelaki itu yang juga penulis lagu, membuat kejutan dengan turun dari pentas untuk mendekati peminat yang berada di hadapan pentas sehingga membuatkan ramai peminatnya terutama yang berada di posisi atas 'mencemburui' momen tersebut.

Semestinya, peluang keemasan itu tatkala Afgan mendendangkan lagu Bawalah Cintaku itu dimanfaatkan sebaiknya peminat yang berdekatan pentas untuk mengerumuni penyanyi itu bagi merakamkan gambar serta mengambil video dengan lebih dekat.


fotoBERNAMA

Ternyata, aura dan kelunakan dimiliki penyanyi itu begitu hebat sehinggakan konsert selama dua jam dengan dendangan lebih daripada 20 buah lagu selain disulami gelak jenaka menghiburkan, belum cukup puas untuk menoktahkan kerinduan kepada Afgan.

Bagaikan tidak mahu melepaskan penyanyi Indonesia itu 'pergi', Afgan pada malam itu telah berjaya merasuk ribuan kalbu dengan dendangan lagunya, antaranya, Untukmu Aku Bertahan, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (KDKDD), Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta dan Lenggang Puspita.

Selain turut menyampaikan dua lagu ikonik nyanyian idolanya Datuk Sheila Majid iaitu Ku Mohon dan biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Bukan Cinta Biasa serta turut membuktikan keupayaan vokalnya menerusi lagu rancak, Panah Asmara, sehingga menjentik peminat untuk menari bersama.

Rasa puas dengan konsert malam itu bersama Afgan, peminat juga turut terhibur dengan kelunakan alunan vokal penyanyi terkenal Malaysia, Hazama menerusi lagu hitsnya, Relakan Jiwa dan Penglipur Lara.

-- BERNAMA

Man United end miserable month with 2-0 home loss to Newcastle



Man United end miserable month with 2-0 home loss to Newcastle

Reuters

31/12/2024


Manchester United manager Ruben Amorim looks dejected after the Manchester United v Newcastle United matchm, Old Trafford, Manchester, Britain, December 30, 2024 - Action Images via Reuters/Lee Smith


MANCHESTER, England: Newcastle United beat Manchester United 2-0 in the Premier League on Monday thanks to early headed goals from Alexander Isak and Joelinton at Old Trafford, an ugly culmination of one of the most miserable months in the home side's recent memory.

With five losses in their last six league games, Manchester United languish 14th in the standings on 19 points, their worst placing to end a calendar year since they were 15th in 1989. Newcastle are fifth on 32 points.

"One of the more difficult moments in the history of Manchester United," said manager Ruben Amorim, who called the team's position in the table embarrassing.

"It's a very difficult moment, but we have to fight to win the next game."

Isak got the visitors on the scoresheet in the fourth minute when he leapt to head home a pinpoint cross from Lewis Hall with both Harry Maguire and Lisandro Martinez failing to pick him up.

It was the 11th goal in 11 games for Isak, who has scored more Premier League goals in December than any other player with eight.

Newcastle doubled their lead in the 19th minute in near carbon copy fashion with Anthony Gordon sending in a cross that Joelinton headed in.

The win marked Newcastle's second victory at Old Trafford in 40 league visits, dating back to 1972.

"We know the hurt this fixture has had for us historically, it wasn't lost on us," Newcastle boss Eddie Howe said. "We didn't necessarily use that with the players, but it was a big step forward for us today. I think we need to win games like this to achieve what we want on a regular basis."

It is also the first time since 1979 that Manchester United have lost three consecutive league games at home. Their 18 goals conceded in all competitions in December is their most in a single month since March 1964 (also 18).

The score could have been more lopsided, with Isak lashing a shot past keeper Andre Onana in what would have made it 3-0 in the first half before the offside flag went up to the relief of United fans.

Soon after, Sandro Tonali missed an absolute sitter when he ran onto a flick from Gordon but clattered it off the woodwork.

"It feels great. We haven't won in a long time here, it was a great performance and the perfect way to end the year," Isak said. "The challenge was to have the same intensity here as we do at home - the first half paid off."

While the home side, who were playing without captain Bruno Fernandes, who was serving a suspension, struggled to get out of their end in the first half, Rasmus Hojlund and Casemiro both squandered chances just before halftime.

Hojlund was played in by Martinez but sent his shot across the face of goal, inches from the far corner, while Casemiro unleashed a shot that sailed wide, burying his head in his hands.

Amorim's men were better after the break and Maguire's diving header that goalkeeper Martin Dubravka grabbed at least had the Old Trafford crowd -- who had booed their squad off the pitch at the break -- cheering their effort.

One of the game's ugliest moments was when the Old Trafford crowd lustily booed struggling Joshua Zirkzee when Amorim took him out of the game in the 33rd minute. There were huge swaths of empty seats, however, by the time the final whistle blew.

South Korea court issues arrest warrant for President Yoon



South Korea court issues arrest warrant for President Yoon

Reuters

31/12/2024


People watch the live broadcasting of South Korean President Yoon Suk Yeol delivering an address to the nation, at a railway station in Seoul, South Korea, December 7, 2024. REUTERS/Kim Soo-hyeon


SEOUL: A South Korean court on Tuesday approved an arrest warrant for President Yoon Suk Yeol, who has been impeached and suspended from power over his decision to impose martial law on Dec. 3, investigating authorities said.

The Corruption Investigation Office for High-ranking Officials (CIO) confirmed the Seoul Western District Court approved the warrant requested by investigators examining Yoon's short-lived imposition of martial law.

This is the first arrest warrant issued for an incumbent president in South Korea, according to local media.

The current arrest warrant is viable until Jan. 6, and once it is exercised, Yoon is expected to be held at the Seoul Detention Center, Yonhap news agency said citing CIO.

The court issued the warrant due to the likelihood that Yoon will not respond to summons without a justifiable reason, and there being a substantial reason to suspect Yoon of a crime, Yonhap said. The court declined to comment.

Yoon has failed to respond to investigators' summons for questioning three times since the Dec. 3 martial law declaration.

Yoon is facing criminal investigation on allegations that he was the leader of an insurrection. Insurrection is one of the few charges for which a South Korean president does not have immunity.

It was unclear when or how the arrest warrant for Yoon will be carried out. South Korea's presidential security service said in a statement on Tuesday that it will treat the arrest warrant according to due process.

The court also approved a search warrant for Yoon's residence, the CIO said.

Previously, police tried but failed to successfully raid the presidential office as part of the investigation, due to the presidential security service blocking access.

The acting leader of South Korea's ruling People Power Party, Kweon Seong-dong, said on Tuesday that attempting to detain a sitting president is inappropriate.

Kim Yong-min, a lawmaker in the opposition Democratic Party, which holds a majority in parliament and brought on Yoon's impeachment vote, said on Tuesday "the process of executing the warrant and investigation could be very difficult", calling for investigators to immediately execute the warrants.

2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok



2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok

Bernama

31/12/2024


Pastikan anda ketahui apa yang akan berlaku dalam tempoh kurang 24 jam, berkuat kuasa 1 Jan 2025, bagi mengelakkan anda terlepas maklumat penting. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang 24 jam, bukan sahaja kalendar yang akan berubah, tetapi Malaysia juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara.

Selain perubahan dalam geopolitik, ekonomi, sosial, dan hubungan antarabangsa, beberapa dasar dan peraturan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025. Pastikan anda ketahui apa yang akan berlaku bagi mengelakkan anda terlepas maklumat penting.

Antaranya, esok Malaysia secara rasmi akan mengambil alih jawatan selaku Pengerusi ASEAN, setelah Laos menyerahkan tanggungjawab berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 11 Okt lepas.

Di bawah tema "Keterangkuman dan Kemampanan", Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN sepanjang tahun, antaranya Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Johor (Februari), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Menteri (AMM/PMC) di Kuala Lumpur (Julai), serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober.

Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Selain itu, beberapa undang-undang baharu akan berkuat kuasa esok termasuk penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Keperluan ini, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna khususnya kanak-kanak dan golongan rentan serta memperkukuh kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

Bermula esok juga, premis dobi dan bangunan tempat kerja tersenarai dalam kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Okt lepas.

Hal ini menjadikan sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai tempat larangan merokok termasuk hospital, klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berpenyaman udara, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan, kawasan taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, stadium dan banyak lagi.

Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.

Selain itu, penjaja dan peniaga berlesen wajib membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bermula esok bagi menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.

Langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos melalui PU (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas.

Dari segi pengangkutan, kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400, dijangka memanfaatkan kira-kira 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik. Mahasiswa boleh membuat semakan bermula esok melalui https://subsidiudara.mot.gov.my/.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur, untuk menyokong inisiatif ekonomi digital negara.

Bermula esok, semua taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan untuk memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska terbabit.

Kriteria baharu pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian juga akan berkuat kuasa esok, selaras dengan komitmen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi meningkatkan kualiti pengauditan dan mengurangkan beban pematuhan yang dihadapi oleh syarikat persendirian.

Selain itu, bermula 1 Jan 2025 Johor akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad susulan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 7 Okt lepas, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Hal ini menjadikan negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sabah pula bakal menyaksikan bekas Ketua Menteri negeri itu Tun Musa Aman memulakan tugas sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada hari ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011.

Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga pada 17 Dis lepas, selain turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

-- BERNAMA

Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Johor sedikit meningkat pagi ini



Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Johor sedikit meningkat pagi ini

Bernama

31/12/2024


Di Kelantan, jumlah mangsa banjir membabitkan jajahan Tanah Merah terus susut kepada 476 orang daripada 135 keluarga pagi ini berbanding 573 orang daripada 178 keluarga semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sedikit meningkat pagi ini, di Kelantan pula situasi bencana itu bertambah baik manakala jumlah mangsa di Terengganu kekal.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 52 orang daripada 14 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 26 orang daripada tujuh keluarga yang dilaporkan semalam dan kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS di daerah Kota Tinggi.

Beliau berkata PPS berkenaan adalah di Dewan Kampung Baru Sungai Mas melibatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga manakala di Sekolah Kebangsaan Gambut menempatkan 39 mangsa daripada 11 keluarga.

"Sementara itu, lima sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan bacaan 19.31 meter; Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang pada paras 13.93 meter dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili, Kota Tinggi dengan 8.39 meter.

"Dua lagi sungai adalah di daerah Mersing, iaitu Sungai Tenglu Kecil di Kampung Tenglu Kecil dengan bacaan 1.22 meter dan Sungai Paya Dato' 1.35 meter. Tiga daerah dilaporkan mendung pada pagi ini iaitu Mersing, Batu Pahat dan Kota Tinggi manakala lain-lain daerah diramal cerah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir membabitkan jajahan Tanah Merah terus susut kepada 476 orang daripada 135 keluarga pagi ini berbanding 573 orang daripada 178 keluarga semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kesemua mangsa berlindung di tujuh PPS.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan situasi banjir pada pagi ini tidak berubah apabila jumlah mangsa kekal 44 orang daripada 12 keluarga seperti malam tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Besut.

Berdasarkan laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, hanya Sungai Nerus di Kampung Bukit di Setiu melepasi paras amaran manakala Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia di Kuala Terengganu melebihi paras waspada.

-- BERNAMA

Pengguna ‘telefon lama’ tidak boleh akses WhatsApp mulai 2025

 







Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual assault case verdict



Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual assault case verdict

Agencies

31/12/2024


The US Federal Court of Appeals on Monday upheld the jury's verdict that found Donald Trump had sexually assaulted writer E. Jean Carroll. - AP Image


YORK: The U.S. Federal Court of Appeals on Monday upheld a jury's verdict that found Donald Trump had sexually assaulted writer E. Jean Carroll and rejected the U.S. president-elect's application for a retrial.

Trump challenged the US$5 million civil verdict by claiming the trial judge made many mistakes including allowing testimony from two other women who claimed Trump had sexually assaulted them.

The Court of Appeal found that the trial judge had not abused his discretion in deciding the evidence. Despite any wrongdoing, the court said the strength of Carroll's case assured that Trump's rights had not been compromised to the extent that a retrial should be held.

"Both E. Jean Carroll and I feel grateful for today's decision. We thank the Court of Appeal for its careful consideration of the arguments of both sides," said Roberta Kaplan, Carroll's lawyer.

Another jury had previously awarded $83.3 million in damages to 81-year-old Carroll after finding Trump, 78, defamed him by denying the sexual assault.

Trump has also filed an appeal against the decision.

Carroll claimed that Trump raped her at the Bergdorf Goodman store and then slandered her by denying the allegations and claiming that she (Carroll) was "not my type" and said Carroll invented the story to sell her book.

Trump denies all wrongdoing. He did not face a jail sentence as a result of the civil decision.

Although the jury found Trump guilty of sexual assault against Carroll, enough to hold him accountable for the charge of physical contact, they did not find Carroll proving that she had been raped.

Carroll filed a lawsuit last year under the "New York State Adult Victims Act," a state law that reopens the door for sexual assault allegations such as Carroll's case even though its statute of limitations has long since expired.

In the same development, Steven Cheung, who is also Trump's chief spokesman and incoming White House communications director, said more appeals would be made.

"The American people have re-elected President Trump with a huge mandate and they are demanding an immediate end to political abuse in our justice system as well as the immediate rescinding of all baseless prosecutions including the Democratic-funded 'Carroll Hoax' case.

"The appeal will continue. We look forward to the unification of this country under the new administration as President Trump restores America's majesty," Cheung said. - Agency

Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran



Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran

Bernama

31/12/2024


Prabowo menggesa kerajaan, badan perundangan dan badan kehakiman untuk bekerjasama dalam membasmi amalan penambahan. - Gambar fail/REUTERS


JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto mengarahkan pegawai untuk membasmi amalan penambahan anggaran, menyifatkannya sebagai satu bentuk rasuah, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).

Dalam acara Musyawarah Perencanaan Pembangunan Nasional di Jakarta pada Isnin, beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan mark up (penambahan anggaran), termasuk program pendigitalan untuk perolehan.

"Budaya menaikkan harga barangan, projek dan anggaran itu dianggap rasuah. Ia merompak wang rakyat," katanya.

"Jika anda mempunyai projek Rp100 juta, jangan dakwa ia adalah Rp150 juta."

Prabowo menjelaskan, amalan penambahan harga itu juga boleh mengakibatkan kebocoran dalam belanjawan negara.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan, badan perundangan dan badan kehakiman untuk bekerjasama dalam membasmi amalan penambahan.

"Kami menyasarkan pembangunan negara dengan mengurangkan semua bentuk ketirisan, manipulasi dan penambahan. Ini memerlukan usaha daripada semua pihak."

Prabowo menegaskan bahawa beliau akan mendedahkan nilai kebocoran anggaran itu pada masa lain. Jika perlu, katanya, beliau akan mendedahkannya dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau juga menggesa kementerian, institusi dan kerajaan wilayah untuk menerima belanjawan yang diperuntukkan dan membenarkan perbelanjaan yang lebih besar untuk program keutamaan seperti sara diri makanan dan makanan berkhasiat percuma.

-- BERNAMA

Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan



Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan

Bernama

31/12/2024


Polis telah menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas aktivis dan pereka grafik itu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang, Kota Kinabalu, pada Isnin.


KOTA KINABALU: Polis telah menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas aktivis dan pereka grafik itu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang, di sini, petang Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi malam tadi mengesahkan penahanan Fahmi dan siasatan sedang dijalankan terhadap kes itu.

"Ya, masih dalam siasatan (kes ini)," katanya ringkas.

Petang Isnin, Jauteh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata, lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan bahawa Fahmi antara lain menampal karikatur melibatkan imej Tun Musa Aman yang bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di beberapa kawasan antaranya di Kota Kinabalu dan perkara lain melibatkan hasutan yang sedang disiasat.

Beberapa hari lepas tular video berdurasi 40 saat menunjukkan Fahmi yang berada di satu kawasan di Kota Kinabalu menampal karikatur itu dan dalam video tersebut tertulis perkataan "Solidariti dengan rakyat Sabah yang melawan rasuah, melawan korapsi."

Semakan di laman Facebook aktivis tersebut mendapati video tersebut dikongsinya pada 27 Dis lepas dan dia turut berkongsi pelbagai perkara mengenai karikaturnya itu. - BERNAMA

Germany accuses Elon Musk of trying to influence its election



Germany accuses Elon Musk of trying to influence its election

Reuters

30/12/2024


Elon Musk, Chief Executive Officer of SpaceX and Tesla and owner of X, gestures as he attends the Viva Technology conference dedicated to innovation and startups at the Porte de Versailles exhibition centre in Paris, France, June 16, 2023. REUTERS


BERLIN: The German government accused U.S. billionaire Elon Musk on Monday of trying to influence its election due in February with articles supporting the far-right Alternative for Germany (AfD) party, even though it suggested they amounted to "nonsense".

Musk, who is set to serve Donald Trump's new administration as an outside adviser, endorsed the AfD as Germany's last hope in a guest opinion piece for the Welt am Sonntag newspaper that prompted the commentary editor to resign in protest.

"It is indeed the case that Elon Musk is trying to influence the federal election" with X posts and the opinion piece, a German government spokesperson said.

Musk is free to express his opinion, the spokesperson said, adding: "After all, freedom of opinion also covers the greatest nonsense."

Musk, the world's richest person, has defended his right to weigh in on German politics because of his "significant investments", and has praised the AfD's approach to regulation, taxes and market deregulation.

His intervention has come as Germans prepare to vote in a parliamentary election on Feb. 23 after the collapse of the coalition government led by Chancellor Olaf Scholz. Musk also called for Scholz's resignation after a car rammed into a crowd at a Christmas market on Dec. 20, killing five people.

The AfD is currently in second place in opinion polls behind the main opposition conservatives, and might be able to thwart a centre-right or centre-left majority in the election. Germany's mainstream parties have pledged not to work with the AfD at the national level.

The government spokesperson said Musk's endorsement of the AfD was "a recommendation to vote for a party that is being monitored (by domestic intelligence) on suspicion of being right-wing extremist and which has already been recognised as partly right-wing extremist".

German politicians have excoriated Musk for his endorsement of the AfD, with the co-leader of Scholz's Social Democrats (SPD) comparing him to Russian President Vladimir Putin.

"Both want to influence our elections and specifically support the AfD's enemies of democracy. They want Germany to be weakened and plunged into chaos," Lars Klingbeil told the Funke news group on Monday.

Friedrich Merz, leader of the opposition Christian Democrats and current favourite to succeed Scholz as chancellor, told Funke that Musk's comments were "intrusive and pretentious".

MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan dalam keadaan pelarasan premium MHIT



MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan dalam keadaan pelarasan premium MHIT

Bernama

31/12/2024


Pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.


KUALA LUMPUR: Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Pada 20 Disember, BNM mengumumkan langkah interim untuk membantu pemegang polisi yang terkesan berikutan semakan premium MHIT dan menekankan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan perlindungan insurans.

Presiden MFPC, Andy Ng Yen Heng berkata, pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.

Beliau berkata, perlindungan insurans adalah asas perancangan kewangan.

"Kehilangan perlindungan boleh menyebabkan individu rentan dari segi kewangan ketika keadaan luar jangka, dan penjagaan kesihatan awam, walaupun menjadi alternatif, boleh memberikan cabaran seperti masa menunggu yang lebih lama atau akses terhad kepada rawatan pilihan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Langkah interim itu termasuk melaksanakan perubahan premium yang diagihkan bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, menangguhkan pelarasan premium bagi warga emas, menyambung semula polisi yang telah luput tanpa pengunderaitan tambahan serta menyediakan produk alternatif pada premium yang sama atau lebih rendah, katanya.

Nasihat praktikal kepada pemegang polisi

Ng menggalakkan mereka yang mempunyai polisi yang telah tamat atau luput supaya menyambung semula perlindungan masing-masing dengan segera di bawah langkah interim itu.

Beliau juga menyeru individu supaya menyemak pelan kewangan masing-masing bagi memenuhi penyesuaian premium.

"Individu yang terkesan perlu menilai aliran tunai mereka, mengurangkan perbelanjaan pilihan dan berunding dengan penasihat profesional untuk memastikan keperluan penjagaan kesihatan mereka dipenuhi tanpa menjejaskan kestabilan kewangan jangka panjang.

"Bagi pemegang polisi baharu atau yang menambah baik polisi, kami mencadangkan untuk menyemak manfaat pelan yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan pelan itu selaras dengan keperluan peribadi, belanjawan dan kemampanan pembayaran premium," katanya.

Ng berkata, tindakan menambah baik atau menggantikan polisi sedia ada membawa risiko seperti kemungkinan penolakan tuntutan bagi keadaan sedia ada dalam tempoh yang perlu dicapai selepas sijil diluluskan untuk manfaat berkaitan dilindungi, atau di bawah klausa pengecualian.

"Nasihat profesional sangat berharga dalam membuat keputusan ini," katanya.

Saranan penyelesaian jangka masa panjang

Ng berkata, kerjasama jangka masa panjang adalah perlu untuk menangani hal inflasi kos perubatan, yang dijangka meningkat sebanyak 15 peratus pada 2024, jauh melebihi purata global dan serantau.

"Langkah interim ini merupakan kelegaan yang tepat pada masanya, namun kami menyeru Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, BNM, dan pihak berkepentingan untuk membangunkan strategi mampan bagi mengekang peningkatan kos perubatan dan mencipta produk MHIT berasaskan nilai," katanya.

Sebelum ini, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, punca utama kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan yang didorong oleh kos perubatan dan penggunaan perkhidmatan perubatan yang lebih tinggi perlu ditangani.

Ng berkata, penciptaan produk MHIT juga perlu dipertingkat bagi menjadikannya lebih mampan dan selaras dengan penjagaan kesihatan berasaskan nilai yang mengutamakan hasil kesihatan yang lebih baik.

"Ini adalah cabaran yang memerlukan tindakan bersama daripada semua pihak berkepentingan dalam ekosistem penjagaan kesihatan," katanya. - BERNAMA

Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu terbabas



Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu terbabas

Bernama

30/12/2024


Ibu mangsa yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan bersama lima orang anaknya dari arah Jalan Inas menghala ke Kampung Batu, Rembau.


SEREMBAN: Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini manakala kakaknya berusia sembilan bulan koma selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau, dekat sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.50 pagi itu mengakibatkan bayi berkenaan Muhammad Aryan Qhalish Muhammad Adzril yang merupakan penumpang hadapan, meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam akibat pendarahan di otak.

"Kakaknya, Putri Eshal, yang berada di tempat duduk belakang, kini masih koma akibat pendarahan di otak dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama," katanya.

Menurutnya ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan bersama lima orang anaknya, termasuk tiga anak perempuan lain berusia 11 tahun dan pasangan kembar berusia 10 tahun dari arah Jalan Inas menghala ke Kampung Batu, Rembau.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu wanita itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan. Keadaan jalan di kawasan itu berselekoh dan mempunyai cerun," katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Beliau memaklumkan ibu mangsa mengalami kecederaan di bahu kiri manakala kesemua anak yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan lanjut.

-- BERNAMA

DUA MOTOSIKAL PENGIRING PDRM BERG3S3L DENGAN KERETA DI LEBUH RAYA PLUS ARAH UTARA

 







Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena tahun baharu - Mohd Na'im



Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena tahun baharu - Mohd Na'im

Bernama

31/12/2024


Program Gema Syukur 2025 yang akan bermula pada 6 petang ini sehingga 9 pagi esok, dijangka dihadiri lebih 1,000 mahasiswa daripada pelbagai universiti awam dan swasta dalam negara.


KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menganjurkan Program Gema Syukur 2025 sempena Tahun Baharu 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata program itu yang akan bermula pada 6 petang ini sehingga 9 pagi esok, dijangka dihadiri lebih 1,000 mahasiswa daripada pelbagai universiti awam dan swasta dalam negara dan ia merupakan alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat.

Beliau berkata, forum istimewa bertemakan Fostering Unity and Da'wah Across Border turut dianjurkan khas kepada mahasiswa daripada luar negara di Auditorium, Masjid Putra bermula 10.30 malam ini selepas sesi International Quran Moment bersama keseluruhan pengunjung yang hadir.

"Bagi sesi malam tahun baharu, pengisian program Gema Syukur 2025 ialah majlis bacaan Yasin dan doa, Gema Cinta Rasul bersama kumpulan nasyid Inteam, Tadabbur Quran: International Quran Moment, Podcast 'Jerat Nafsu', Kira Detik 2025 dan disudahi dengan doa keberkatan untuk melangkah ke tahun baharu," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Mohd Na'im berkata, podcast 'Jerat Nafsu' menampilkan panel jemputan khas iaitu Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Syed Shahridzan Syed Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction, Ghafur Rahim Mustakim dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan.

Bagi sesi awal tahun baharu pula, Mohd Na'im berkata, program yang akan diadakan termasuk Qiamullail pimpinan Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki dan Forum 'Demi Masa'.

Mohd Na'im berkata, pada program itu, 100 asnaf akan disantuni dan menerima sumbangan wang tunai RM200, bakul makanan serta kit kebersihan sebagai tanda harapan serta sokongan untuk mereka terus melangkah ke tahun baharu, selain lebih daripada 15 pilihan menu sarapan percuma disediakan bagi yang hadir.

"Pengunjung bertuah berpeluang menerima hadiah istimewa, termasuk Syiling Emas yang ditaja khas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Datanglah lebih awal untuk berqiamullail dan mendaftarkan diri bagi menjadi antara insan yang bertuah," katanya.

Mohd Na'im, berkata program itu merupakan inisiatif strategik agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rakan strategik iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), MyFundAction dan Du'at Al-Falah selain disokong oleh Masjid Wilayah Persekutuan serta Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Beliau berkata, program itu merupakan penzahiran iltizam agensi-agensi di bawahnya untuk terus memacu ummah dalam menyemarakkan syiar Islam di Malaysia.

Pada masa sama membangkitkan semangat motivasi serta tekad mencapai kejayaan dengan azam tahun baharu, selain bermunajat dan berdoa supaya Malaysia dijauhi daripada segala musibah, bala bencana serta wabak penyakit.

Mohd Na'im berkata, program itu mempunyai empat objektif iaitu menzahirkan tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diperoleh sepanjang tahun, memupuk kebersamaan dan mengeratkan semangat persaudaraan dalam kalangan komuniti setempat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED