Translate
20 November 2024
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Bernama
19/11/2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana stesen minyak kini mengalami banyak evolusi dengan adanya kafe dan kedai runcit.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu tidak melibatkan tambahan kuota pekerja asing.
"Dari tahun 1995 sektor stesen minyak laksanakan khidmat layan diri yang tidak dibenarkan pekerja asing digajikan, ini keputusan Kabinet 1995 tetapi stesen minyak kini ada kafe, kedai dan khidmat lain, itu hakikat sekarang dan evolusi yang berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali ke-12 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Sementara itu, Sim berkata mengenai mekanisma penggajian pekerja asing bagi industri berkenaan, mesyuarat telah bersetuju secara dasar bahawa penggajian dibuat secara 'direct employment' dan menerusi kaedah pertukaran majikan dalam Petrol Dealer Association (PDM).
"Dahulunya pekerja ini mungkin tidak digaji secara terus oleh majikan, berapa gaji mereka adalah daripada ejen tetapi kita tukar penggajian terus oleh majikan iaitu syarikat-syarikat yang menguruskan stesen minyak.
"Penggajian terus dan pertukaran majikan ini boleh dibuat selagi seseorang pekerja itu masih lagi dalam tempoh sah," katanya.
Dalam sidang media sama, Saifuddin Nasution turut mengumumkan kerajaan mengekalkan status pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing sehingga semakan semula tahun pada suku pertama 2025.
Beliau berkata ia berikutan defisit kepada jumlah siling Kementerian Ekonomi yang menetapkan seramai 2.58 juta pekerja asing di negara ini ketika ini memberikan jumlah 45,000 sahaja.
"Siling 15 peratus daripada 17.2 juta pekerja (workforce) di negara ini memberikan jumlah 2.58 juta dan jawatankuasa ini dalam luluskan kuota di pihak KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) atau proses selanjutnya di pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) dipandu oleh angka ini.
"Oleh itu, kita ambil keputusan kekalkan pembekuan sehingga mesyuarat berikutnya yang dijadualkan pada suku pertama tahun hadapan," katanya.
Dalam pada itu, Saifudin Nasution berkata kedua-dua kementerian juga bersetuju secara dasar membenarkan majikan menggaji banduan sekali gus membantu mempercepat proses asimilasi mereka dalam masyarakat dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Beliau berkata pelaksanaan perkara itu juga dijangka mengurangkan lebihan lapan peratus banduan di seluruh negara kerana pada ketika ini terdapat 87,000 penghuni di penjara sedangkan kapasiti boleh menampung seramai 74,000 penghuni.
"Pilot projek telah pun berjalan dan hasil libat urus Jabatan Penjara Malaysia dengan majikan mendapati terdapat 400 majikan yang mengambil bahagian sebelum ini menerima baik peluang menggajikan prospek (penghuni penjara).
"Ada kriterianya. Jika mereka terlibat kes bunuh dan rogol (contohnya) tidak akan diambil. Ini melibatkan kes-kes yang lebih ringan. Dalam tahun 2025, ada sekitar 20,000 prospek yang boleh diambil bekerja," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke Bernama 25/11/2024 According to Transport Minist...
-
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi Astro Aani 25/11/2024 Majlis Kerja Tertinggi UMNO se...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
Blog Archive
-
▼
2024
(4552)
-
▼
Nov 2024
(783)
- 266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembila...
- KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan ko...
- Mahkamah batal permohonan Siti Bainun tangguh huku...
- Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripa...
- PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakya...
- Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat ...
- Banjir bertambah buruk di Kelantan, mangsa meningk...
- SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami -...
- Suspek Dikehendaki Maut Berbalas Tembakan Di Serem...
- Rayuan Najib Ditangguh Lagi Kerana Hakim Tarik Diri
- Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
- Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes r...
- Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
- Prabowo's coalition dominate Indonesian regional e...
- Usaha Tegas Chairman Ananda Krishnan passes away
- Pemandu Grab Rugi RM500,000
- Man suspected of threatening to kill Trump arrested
- Tiga Mangsa Rentung, Kereta Terbakar Rempuh Tembok...
- 5 Premis Makanan Di Klang Kotor
- KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
- Penganggur dituduh rogol gadis bawah umur anak yat...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkait...
- Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita b...
- KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generati...
- Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran ...
- Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibu...
- Gautam Adani faces charges for securities law viol...
- Guru MIliki Ganja
- Wang KWSP Setengah Juta Ringgit "Lesap"
- Saya tengok PM 'bersilat' nak lepas perangkap send...
- Liverpool 2-0 Real Madrid | Champions League 24/25...
- 37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga se...
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
- Anak Penyanyi Ditahan Disyaki Curi Ferrari
- Statement Penuh Dato Vida Isu Hutang Rm 1 Juta “Ko...
- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
- APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
- Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pende...
- Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Fe...
- ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
- PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operas...
- Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 ...
- SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam p...
- Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu pa...
- ‘C4Cinta’ sets record as highest-grossing Malaysia...
- Hyundai to invest RM2.16 bil in Malaysia through s...
- 'No one will win a trade war,' China says after Tr...
- Pergi Mekah Minta Ampun Balik Malaysia Minta Rasua...
- Bayern Munich 1-0 PSG | Champions League 24/24 Mat...
- Sporting CP 1-5 Arsenal | Champions League 24/25 M...
- Manchester City 3-3 Feyenoord | Champions League 2...
- Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea...
- Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan ...
- Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket...
- Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelabura...
- Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman ...
- Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2....
- Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpul...
- Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum p...
- Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
- APM Tangkap Ular Sawa Dalam Siling Rumah
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON...
- Judge tosses Trump 2020 election case after prosec...
- Abolition of examination in schools to reduce pres...
- Man charged with mother's murder, storing body in ...
- Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal...
- RM228.2 Juta Nilai Dadah Dirampas Telah Dilupus Se...
- Veteran Umno mahu Anwar pecat Tiong, dakwa dia ant...
- Mekanik didakwa memandu mabuk sebabkan kematian su...
- 'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
- Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti ...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di W...
- Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
- MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengeru...
-
▼
Nov 2024
(783)