Translate
17 November 2024
100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
Bernama
17/11/2024
SHAMSUL AZRI: Keutamaan saya adalah untuk mereformasi perkhidmatan awam dan antara inti pati saya adalah kita mesti menyemak semula setiap tiga tahun. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menjelang 100 hari sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar tekad memperkukuhkan matlamat reformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Dilantik secara rasmi pada 12 Ogos, beliau menerima arahan pertamanya pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar mesej ringkas tetapi jelas: "Please start your reform now (Sila mulakan pembaharuan anda sekarang)".
"Oleh itu, keutamaan saya adalah untuk mereformasi perkhidmatan awam dan antara inti pati saya adalah kita mesti menyemak semula setiap tiga tahun, sekurang-kurangnya 25 peratus daripada peraturan, prosedur yang membebankan dan merosakkan (kepercayaan) pelanggan tu, kita kena kurangkan," katanya kepada Bernama menerusi wawancara khas bersempena 100 hari pelantikannya sebagai KSN ke-16 yang jatuh pada 19 Nov ini.
Menurut Shamsul Azri, terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam perkhidmatan awam dan reformasi adalah penting sebagai asas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Berusia 55 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat, Shamsul Azri berkata beliau menjadikan falsafah yang pernah diungkap oleh Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy 'ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country' (jangan tanya apa negara boleh lakukan untuk anda, tanya apa yang anda boleh lakukan untuk negara) sebagai motivasi pada awal kerjayanya.
Berkongsi pengalaman dalam tempoh 100 hari pertama menerajui perkhidmatan awam, beliau tidak menolak hakikat wujudnya beberapa cabaran utama yang memerlukan pendekatan baharu dan segar.
"Cabaran pertama adalah mengubah cara pemikiran, tindakan dan budaya kerja. Reformasi yang melibatkan rasionalisasi sektor awam, termasuk Badan Berkanun Persekutuan dan CLBG (Syarikat Berhad Menurut Jaminan) memerlukan pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.
"Cabaran kedua ialah memastikan peraturan lapuk serta tidak mesra perniagaan dikaji dan diperbaharui, tanpa mengorbankan integriti dan tatakelola. Seperti disebut oleh Perdana Menteri sebagai 'Islah Masta To'tum' iaitu melaksanakan penambahbaikan semampu mungkin untuk memastikan perkhidmatan awam kekal relevan dan efisien," katanya.
Cabaran ketiga pula adalah berkaitan sistem dan prosedur kerja konvensional yang telah lama diamalkan, dan dengan kemajuan digitalisasi, penyampaian perkhidmatan secara fizikal semakin beralih kepada perkhidmatan dalam talian.
"Setakat ini, pelaksanaan perkhidmatan secara dalam talian atau E2E telah mencapai tahap 70 peratus, namun beberapa sistem dan prosedur masih perlu diubah untuk meningkatkan kelajuan dan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, sebagai usaha membawa transformasi, Shamsul Azri menekankan nilai semangat M.E.R.D.E.K.A - Menumpah Taat Setia, Empati Kepada Rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik, dan Amanah - yang beliau perkenalkan kepada penjawat awam sebagai panduan untuk perkhidmatan yang lebih telus dan berorientasikan rakyat.
Beliau turut mengajak warga perkhidmatan awam untuk menghayati nilai M.A.L.A.Y.S.I.A - Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah, dan Arif - sebagai pegangan dalam menyokong matlamat reformasi yang diimpikan untuk negara.
Dengan semangat ini, beliau tekad menjayakan reformasi perkhidmatan awam yang menepati aspirasi rakyat, membina perkhidmatan berlandaskan integriti dan menyampaikan hasil lebih baik kepada negara.
Shamsul Azri berkata beliau berhasrat untuk bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan semua 1.6 juta penjawat awam, namun mengakui berdepan dengan keterbatasan dari segi masa dan lokasi.
"Oleh itu, saya menggalakkan penjawat awam untuk mengikuti akaun media sosial saya di Facebook (Shamsul Azri bin Abu Bakar), Instagram (@shamsulazri.abubakar), dan Twitter (@shamsulazribakr), bagi mengikuti perkembangan serta berkongsi agenda reformasi perkhidmatan awam.
"You will never walk alone (Anda tidak bersendirian)," katanya, memetik slogan kelab bola sepak Inggeris yang diminatinya, Liverpool.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
Blog Archive
-
▼
2024
(4519)
-
▼
Nov 2024
(750)
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
- Anak Penyanyi Ditahan Disyaki Curi Ferrari
- Statement Penuh Dato Vida Isu Hutang Rm 1 Juta “Ko...
- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
- APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
- Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pende...
- Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Fe...
- ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
- PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operas...
- Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 ...
- SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam p...
- Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu pa...
- ‘C4Cinta’ sets record as highest-grossing Malaysia...
- Hyundai to invest RM2.16 bil in Malaysia through s...
- 'No one will win a trade war,' China says after Tr...
- Pergi Mekah Minta Ampun Balik Malaysia Minta Rasua...
- Bayern Munich 1-0 PSG | Champions League 24/24 Mat...
- Sporting CP 1-5 Arsenal | Champions League 24/25 M...
- Manchester City 3-3 Feyenoord | Champions League 2...
- Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea...
- Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan ...
- Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket...
- Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelabura...
- Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman ...
- Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2....
- Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpul...
- Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum p...
- Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
- APM Tangkap Ular Sawa Dalam Siling Rumah
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON...
- Judge tosses Trump 2020 election case after prosec...
- Abolition of examination in schools to reduce pres...
- Man charged with mother's murder, storing body in ...
- Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal...
- RM228.2 Juta Nilai Dadah Dirampas Telah Dilupus Se...
- Veteran Umno mahu Anwar pecat Tiong, dakwa dia ant...
- Mekanik didakwa memandu mabuk sebabkan kematian su...
- 'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
- Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti ...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di W...
- Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
- MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengeru...
- Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend ...
- Mangsa banjir meningkat di lima negeri
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa ...
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak...
- Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuh...
- 174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pel...
- Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hamp...
- Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih ...
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik ber...
- Penumpang warga asing kecoh di KLIA, meninggal dunia
- Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterang...
- Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses tu...
- Govt does not use private company funds for offici...
- 12 probe papers opened on GISB, 7 brought to court...
- Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyel...
- Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan terti...
- Tumbuk bahu di DUN: Adun GRS maafkan Adun Warisan ...
- Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Ne...
- Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
- Lelaki Dera Kucing Ditahan
- Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kata kenyataan m...
- Bakal pengantin maut kemalangan bersama ibu, ayah
- KERETA TERBAKAR | Lelaki Terselamat, Cedera Di Muk...
- Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
- 4 kereta mewah dan barang rumah Dato Seri Vida ken...
- Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 perat...
- Guru agama dituduh rogol, amang seksual pelajar OKU
- Russian plane catches fire after landing in Turkiye
- KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam ...
- Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes ...
- Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mu...
- DHL cargo plane crashes in residential area
-
▼
Nov 2024
(750)