Translate

26 November 2022

24 daripada 25 Ahli Parlimen Sabah menyokong Anwar

 

Hanya seorang Ahli Parlimen Sabah tidak sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan

Astro Awani
Hanya seorang Ahli Parlimen Sabah tidak sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sah menyertai Kerajaan Perpaduan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen Kota Marudu serta Riduan Rubin (Parlimen Tenom).
Turut menyatakan sokongan ialah calon Bebas yang menang di kerusi Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.
Penyerahan surat sokongan kepada Anwar itu disampaikan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Peter percaya pelantikan Anwar akan dapat menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dan mengembalikan kestabilan politik negara.
"Pilihan raya sudah berlalu, yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.
"Saya menyeru semua bersama-sama berganding bahu untuk membina Sabah dan Malaysia," katanya.
Dengan sokongan KDM, 24 daripada 25 Ahli Parlimen Sabah menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan.
Hanya satu Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee kekal bersama Perikatan Nasional.
Pada PRU15, Ronald bertanding atas tiket PN di Parlimen Beluran dengan majoriti 1,594 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Benedict Asmat Felix Joseph Saang (Pakatan Harapan), Rowiena Rasid (Parti Warisan) serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Hausing Samsudin @Sudin.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 25 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 7 hrs 20 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 7 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 8 hrs 9 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 8 hrs 21 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 9 hrs 11 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 9 hrs 56 mins ago