Translate

30 September 2022

Bekas YDP Majlis Daerah Kuala Langat didakwa terima rasuah RM100,000

 Bekas YDP MDKL didakwa terima rasuah RM100,000

Bernama

September 30, 2022


12:26 MYT

Bekas YDP MDKL didakwa terima rasuah RM100,000

Mohd Azhar didakwa melakukan kesemua perbuatan rasuah itu di MDKL, Banting dan di sebuah rumah serta pusat peranginan di Sepang antara 14 Julai 2017 dan 30 April 2019.

SHAH ALAM: Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM100,000.

Dr Mohd Azhar Mohamed Ali, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kesemua pertuduhan, Mohd Azhar, didakwa sebagai YDP MDKL kini merupakan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah menerima untuk dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki dan beliau mengetahui bahawa ia berkaitan dengan tugasan rasminya.



Tertuduh didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di MDKL, Banting dan di sebuah rumah serta pusat peranginan di Sepang antara 14 Julai 2017 dan 30 April 2019 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noryusriza Zulkifli menawarkan jaminan RM100,000 dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.


Bagaimanapun, peguam Ariff Azami Hussein memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dengan alasan tertuduh menanggung sembilan anak dan lapan daripadanya masih bersekolah selain isterinya seorang suri rumah.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Azhar diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya setiap awal bulan.

Tertuduh membayar jaminan tersebut.

Rozilah kemudian menetapkan 26 Okt ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 13 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 6 hrs 34 mins ago