Translate

28 November 2021

Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya menahan 81 pendatang tanpa izin dan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong

 



PGA tahan 81 pendatang tanpa izin awal pagi semalam


28/11/2021 02:22 PM


SHAH ALAM, 28 Nov -- Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya menahan 81 pendatang tanpa izin dan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong di kawasan Batu 8 dan Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang, dekat sini awal padi semalam.


Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Supt Rizal Mohamed berkata kejayaan bermula apabila pihaknya yang sedang membuat rondaan mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di kawasan Batu 8 pada pukul 4 pagi.


Beliau berkata susulan pemeriksaan, polis menahan lima lelaki warga asing berumur 34 hingga 37 tahun dengan dua daripadanya merupakan tekong darat manakala selebihnya adalah pendatang tanpa izin.


“Hasil siasatan lanjut telah membawa pasukan polis ke sebuah permis kediaman di Kampung Sungai Terap, dan kami menahan seorang lelaki dewasa tempatan berumur 37 tahun dipercayai sebagai tekong bersama 76 warga asing berusia 16 hingga 47 tahun termasuk tujuh orang wanita sekitar pukul 5 pagi.


“Hasil siasatan mendapati semua pendatang tanpa izin itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan baru masuk ke negara ini melalui jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya turut dirampas dua buah kenderaan, telefon bimbit pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai RM3,439 dimana nilai anggaran rampasan berjumlah RM52,274.


Rizal berkata kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tanjung Karang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED