Translate

26 November 2021

Polis Kesan Individu Terlibat Dalam Pergaduhan Di Restoran

Polis sedang menyiasat dan mengesan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan 


Polis kesan individu terlibat dalam pergaduhan di restoran

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat dan mengesan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular berdurasi tujuh saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter yang memaparkan insiden pergaduhan sekumpulan individu.

“Satu laporan polis telah diterima semalam daripada orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Sehubungan itu, satu siasatan telah dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk mengesan pihak-pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video tersebut kerana ia boleh mendatangkan kegusaran awam.

Tambahnya lagi, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia / Malaysia Gazette










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED