Translate

16 November 2021

Imigresen Tumpaskan Sindiket Pemalsuan Dokumen Didalangi Warga Pakistan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seorang lelaki warganegara Pakistan berumur 37 tahun


IMIGRESEN TUMPASKAN SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN DIDALANGI WARGA PAKISTAN

Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seorang lelaki warganegara Pakistan berumur 37 tahun yang menjadi dalang sebuah sindiket pemalsuan dokumen Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM di sebuah Kondominium mewah di Setapak, Kuala Lumpur pada 12 November 2021.

Pemeriksaan di premis tersebut mendapati sebuah bilik dijadikan makmal untuk menghasilkan pelbagai jenis dokumen palsu. Antara yang dijumpai adalah set peralatan komputer, mesin pencetak kad, pelbagai jenis cap perwakilan asing dan lain-lain peralatan yang digunakan dalam aktivitii haram ini.
 
Pemeriksaan lanjut menjumpai pelekat-pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), lesen memandu Malaysia dan visa negara asing siap dicetak yang disusun rapi dipercayai sedia untuk diserahkan kepada pelanggan. Turut dijumpai adalah stok pelekat yang masih kosong dan wang tunai berjumlah RM13,710 yang disyaki hasil jualan dokumen palsu berkenaan.
 
Soal siasat ke atas subjek telah membawa pasukan operasi ke sebuah kondominium lain di Jalan Genting Kelang yang turut disewa untuk kegiatan ini. Pemeriksaan di premis ini telah menjumpai cap-cap Pas Lawatan Sosial (PLS) dan lain-lain cap rasmi JIM palsu yang digunakan dalam pemalsuan dokumen.
 
Modus operandi subjek adalah mengunakan PLKS sebuah syarikat pembersihan sebagai lesen untuk beliau bergerak bebas bagi menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang ini. 

Subjek juga dikesan menyewa beberapa kondominium mewah yang mempunyai akses terhad serta kawalan keselamatan ketat bagi menyukarkan siasatan dan dikesan pihak berkuasa.
 
Sindiket ini dikesan telah menjalankan kegiatan sejak setahun lalu dengan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500 bagi setiap pelekat PLKS bergantung kepada kualiti yang dikehendaki oleh pelanggan. 

Manakala bagi lesen memandu, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50. Kegiatan haram ini telah menyebabkan kerugian hasil kerajaan khususnya dalam bentuk bayaran levi pekerja asing hingga mencecah jutaan ringgit.

Kes disiasat dibawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan menghasilkan dokumen palsu dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 bagi kesalahan melanggar syarat pas. Subjek akan ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED