Translate

01 August 2021

Malaysia hampir meraih satu lagi pingat selepas Nur Dhabitah Sabri mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita di Sukan Olimpik (Video)

Atlet berusia 22 tahun ini sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya tetapi juga wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman. - Foto Instagram/@dhabitah_sabri

Tokyo 2020: Tidak bawa pulang pingat, senyuman Nur Dhabitah paling 'win'

Astro Awani
1/8/2021

KUALA LUMPUR: Malaysia hampir meraih satu lagi pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita, sebentar tadi.

Penerjun berusia 22 tahun itu menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 326.15, hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Keputusan menyaksikan dua peserta dari China Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing meraih pingat emas dan perak.

Nur Dhabitah mara ke peringkat final selepas meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir pada Sabtu dengan kutipan mata 312.60.

Nur Dhabitah sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya tetapi juga wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee.

Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED