Translate

31 July 2021

Jamuan Durian Selebriti Kosmetik Tular, Polis Buka Kertas Siasatan

         
Ku Mashariman memberitahu, polis akan memanggil selebriti itu dalam masa terdekat. - Gambar/ Media sosial

Jamuan durian selebriti kosmetik tular, polis buka kertas siasatan

Astro Awani
31/7/2021

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang selebriti kosmetik berhubung siaran langsung jamuan durian bersama beberapa individu yang tular di media sosial, pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis memulakan siasatan ke atas selebriti itu selepas tangkap layar video terbabit tular di media sosial.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati selebriti itu melanggar prosuder operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pada 30 Julai lalu, lebih kurang 1.10 tengah hari, tular satu tangkap layar yang tular di media sosial memaparkan seorang selebriti pengusaha kosmetik bersama-sama beberapa individu menjamu durian.

"Tangkap layar itu telah dikongsi lebih 4,000 kali media sosial," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ku Mashariman memaklumkan polis menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira pukul 4 petang, Sabtu.

"Kita akan panggil pengusaha kosmetik itu dalam masa terdekat," jelasnya.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Pelan Pemulihan Negara 2021 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Beliau turut mengesahkan selebriti itu popular dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Sehubungan itu, Ku Mashariman menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara.

"Orang ramai juga dingatkan supaya berhati-hati memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau kandungan di media sosial supaya tidak menimbulkan spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam," katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 34 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 45 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri akan dipanggil semula kemuka dokumen ' 3 hrs 52 mins ago