Translate

13 June 2021

Ibu Cemas Bila Menyedari Bayi Baru Lahir Tertukar Dengan Bayi Lain (Videos)

Detik cemas bayi tertukar di hospital 



Detik ibu cemas bayi tertukar di hospital | usahawan Siti Jamumall 

 Detik cemas bayi tertukar di hospital Seorang usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin dan suami berdepan detik cemas apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, hari ini. 

 Usahawan yang turut dikenali sebagai Siti Jamumall dan suami sempat berkongsi detik itu di Facebook (FB) Live bermula jam 7.40 malam tadi.

Source: HoiMedia YouTube


Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta

Polis sah terima laporan kes tertukar bayi di hospital swasta

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 9 pagi Ahad.

"Laporan polis dibuat selepas si suami menyedari nama ibu pada tanda nama di kaki bayi tersebut bukan nama isterinya semalam (Sabtu), tetapi nama wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

"Laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut," katanya dilaporkan Bernama.

Siti Suriani melahirkan bayi lelakinya di sebuah hospital swasta pada awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun dia dikatakan menyedari bayinya tertukar selepas pulang ke rumah pada Sabtu, apabila melihat tanda nama pada kaki bayi itu tertera nama ibu yang lain serta waktu kelahiran berbeza.

Kejadian itu tular di media sosial apabila Siti Suriani berkongsi di Facebook miliknya dan mendapat 1.3 juta tontonan, 56,000 komen dan 37,000 dikongsi netizen.

FOR MORE NEWS GO TO:

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED