Translate

30 June 2021

Dicadangkan agar satu persidangan khas parlimen diadakan sebelum 1 Ogos.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan dicadangkan agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos. - Foto fail


Cadangan sidang khas Parlimen sebelum 1 Ogos - YDP Dewan Rakyat, Dewan Negara

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Satu persidangan khas Parlimen telah dicadangkan kepada Perdana Menteri untuk diadakan sebelum 1 Ogos depan.

Ia susulan titah pandangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan bersama, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata titah pandangan itu dizahirkan Baginda pada sesi menghadap bersama yang berlangsung semalam.

"Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.

"Titah Yang di-Pertuan Agong pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan adalah dicadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada," memetik kenyataan itu.

Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 7 hrs 26 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 8 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 8 hrs 20 mins ago