Translate

29 June 2021

COVID-19 Malaysia: R-naught (Kadar Kebolehjangkitan) Menaik ke 1.0

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia berada di paras 1.0 pada Isnin berbanding 0.99 hari sebelumnya.

COVID-19: R-naught negara naik 1.0, Melaka tertinggi


Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mengalami ketidaktentuan sejak seminggu lalu.

Angka itu berada di paras 1.0 pada Isnin berbanding 0.99 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.10.

Ini diikuti Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Kedah, Perlis, Labuan, Johor dan Putrajaya.

Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 53 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 5 hrs ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 5 hrs 55 mins ago