Translate

31 May 2020

Ahli MPT Bersatu mohon mesyuarat agung tergempar, bincang perkara kontroversi








Mei 31, 2020 13:00 MYT

Hala tuju parti, termasuk kebersamaan dengan PH atau PN perlu ditentukan mengikut perhimpunan agung tahunan atau luar biasa.

PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ulya Aqamah Husamuddin memohon pimpinan tertinggi parti untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, hala tuju parti, termasuk kebersamaan dengan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul iaitu melalui perhimpunan agung tahunan atau luar biasa.

Jelasnya lagi, hak menentukan hala tuju parti itu bukanlah milik eksklusif pimpinan tertinggi semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan penyertaan akar umbi sekali.

“Kami (Armada) ingin mereka (pemimpin) semua ingat, parti ini prinsipnya di bawah perjuangan rakyat dan didepani akar umbi dan peringatan kepada semua pimpinan.

“Harus diingatkan bahawa Armada ini merangkumi lebih 50 peratus keahlian parti. Jadi tolong dengar suara kami bila kami mahukan mesyuarat. Saya dan YB Syed Saddiq (Ketua Armada Bersatu) yang juga ahli MPT, meminta mereka (pimpinan tertinggi) untuk memanggil mesyuarat MPT kalau mereka ada di pihak yang benar,” katanya lagi dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain isu hala tuju parti, Ulya Aqamah berkata, mesyuarat berkenaan juga boleh menentukan sama ada pelucutan keahlian lima Ahli Parlimen Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Dr Maszlee Malik, Syed Saddiq dan Amirudin Hamzah adalah berlandaskan perlembagaan ataupun tidak.

ARMADA PUN MEMINTA UNTUK MESYUARAT AGUNG  TERGEMPAR (EGM)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 7 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 7 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 7 hrs 53 mins ago