Translate

27 October 2019

Jenazah anak saya sudah ditemui - Fauziah Nawi | Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR



Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR
Saharudin Musthafa, Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 27, 2019 16:47 MYT

Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR

Jenazah Allahyarham Pitt Hanif yang lemas ditemui pasukan keselamatan pada Ahad. - Gambar Facebook FAUZIAH NAWI

LIPIS, PAHANG: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi.

Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.

"Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok," umum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.

Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.

Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem lemas pada Sabtu ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Malaysia di landasan untuk jadi kuasa tenaga solar' 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta dit' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 11 mins ago
A visitor from Kajang viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 38 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 3 hrs 16 mins ago