Translate

27 August 2019

Terengganu: Denggi meningkat 80 peratus - 433 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu setakat 22 Ogos lalu, peningkatan 80.4 peratus atau 193 kes




Terengganu: Denggi meningkat 80 peratus

MyMetro


FOTO hiasan


BERNAMA



SEBANYAK 433 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu setakat 22 Ogos lalu, peningkatan 80.4 peratus atau 193 kes berbanding hanya 240 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, Kuala Terengganu menjadi daerah tertinggi merekodkan kes demam denggi dengan 203 kes diikuti Marang (65), Kuala Nerus (43), Dungun (40), Kemaman (27), Hulu Terengganu (25), Besut (21) dan sembilan di Setiu.

“Semua daerah menunjukkan peningkatan kes kecuali Besut yang menunjukkan penurunan ketara iaitu hanya 21 berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya, hari ini.


Bagi mengurangkan penularan dan mengelak peningkatan demam denggi, beliau meminta orang ramai menjaga kebersihan di sekitar kawasan perumahan masing-masing dan membuat aktiviti cari dan musnah pembiakan aedes sekurang-kurangnya selama 10 minit seminggu.

Selain itu, beliau menasihatkan individu yang mahu melakukan aktiviti luar ketika waktu puncak gigitan aedes dari 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam, supaya memakai pakaian cerah dan berlengan panjang serta menggunakan bahan pencegah nyamuk.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:21 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 28 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 6 hrs 9 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 6 hrs 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 7 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 7 hrs 32 mins ago