Translate

29 June 2019

KANAK-kanak perempuan berusia 11 tahun parah pada muka digigit anjing




Parah muka digigit anjing jiran

MyMetro


Muka kanak-kanak perempuan yang parah digigit anjing. FOTO Ihsan Pembaca


Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my





KANAK-kanak perempuan berusia 11 tahun parah pada muka digigit anjing di rumah di Taman Makmur, Endau, Mersing Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa sedang bermain di rumah jirannya.


“Kejadian itu dipercayai berlaku selepas rantai tali pengikat anjing tercabut sebelum anjing peliharaan jirannya itu menyerang mangsa.


“Anjing itu adalah baka campuran dan ia menggigit muka serta beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cyril berkata, siasatan awal mendapati pemilik anjing tidak mempunyai permit atau lesen untuk memiliki anjing itu.

“Mangsa yang parah pada muka dibawa ke Hospital Rompin untuk menjalani rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital pakar bagi rawatan lanjut.

“Jabatan Veterinar Johor sedang menyiasat dan memantau sama ada anjing itu mempunyai penyakit berjangkit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching, Endau, digigit anjing jenis ‘pitbull’ yang dibela lima tahun lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'All Square at Manchester Derby as Tottenham beats ' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fulham 3 - 2 Liverpool | 2024/25 Premier League Hi' 41 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wani' 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 57 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Medina viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 42 mins ago