Translate

14 March 2019

Sebuah van keselamatan disamun di dalam kawasan stesen minyak petronas Rehat dan Rawat RnR Rawang malam tadi





Published on 12 Mar 2019


Sebuah van keselamatan disamun di dalam kawasan stesen minyak petronas Rehat dan Rawat RnR Rawang malam tadi hingga menyebabkan kerugian 105 ribu ringgit. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika 3 pekerja CIT dipercayai sedang berurusan keluar dari mesin ATM. Tiba tiba mereka diserang 3 lelaki dan melarikan van berkenaan. 2 daripada mangsa turut dilarikan bersama selepas diarahkan suspek. Manakala pemandu ditinggalkan di perkarangan stesen minyak terbabit. Hasil maklumat teknikal yang diperolehi dari syarikat kawalan keselamatan itu.. Isyarat GPS menemukan van berkenaan ditinggalkan di tepi lebuhraya dekat kilometer 438 arah utara. 2 pekerja ditemui selamat bersama wang tunai 5 juta ringgit yang berada dalam peti besi. Manakala 105 ribu lagi sempat dilarikan suspek selepas mereka dilihat berlari ke arah bawah jejantas lebuhraya. Pemeriksaan forensik menemui 1 megazine pistol angin di kawasan stesen minyak itu. Ops tutup kini giat dilakukan bagi mengesan suspek




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED