Translate

06 March 2019

Polis Tutup Jalan Raja Laut - OPS Samseng Jalanan




MKL Crimedesk
Published on 3 Mar 2019

Dataran Merdeka bukan asing lagi bagi samseng jalanan, Setiap hujung minggu pastinya dipenuhi lagak si penyangak ini untuk tunjuk belang.

Malah ada remaja sanggup balik lewat walaupun keesokkan harinya sekolah dan malam tadi lebih 10 remaja yang cuba ubah motosikal untuk tujuan berlumba haram diberkas dalam ops sekatan di Jalan Raja Laut.

Operasi dilakukan Jabatan Penguatkuasaan Siasatan Trafik Kuala Lumpur bermula jam 11 malam tadi turut memeriksa lebih 100 buah kenderaan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur Supritenden Sarifudin Mohd Saleh berkata.. Kebanyakkan samseng jalanan ini adalah datang dari luar kawasan ibu negara.

Ketika operasi.. Ada yang cuba menongkah arus untuk elak ditangkap.

Namun tindakan itu gagal kerana semua laluan ditutup.

Dan ini alasan remaja berkenaan.

Antara kesalahan dikesan.. Tiada lesen.. Bawah umur.. Ubah suai motosikal dan tidak ada cukai pengangkutan.

Kesemua tangkapan dibawa ke balai trafik kuala lumpur.

Operasi berakhir jam 4 pagi tadi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED