Translate

14 March 2019

Pelakon Shiqin Kamal dikejutkan dengan cerita kurang enak apabila dikatakan menjalin hubungan sejenis.

Selasa, 12 March 2019 | 9:00am




Shiqin Kamal terkejut dikatakan menjalin hubungan songsang dengan pembantu peribadi. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman




Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
rajamawar@bh.com.my

BH ONLINE



KUALA LUMPUR: Ketika langkahnya dalam bidang lakonan kembali bermula selepas menamatkan pengajian, pelakon Shiqin Kamal dikejutkan dengan cerita kurang enak apabila dikatakan menjalin hubungan sejenis.



Pelakon yang melonjak menerusi filem Legenda Budak Setan itu mengakui, tuduhan itu terlalu berat untuk dihadam, membuatkan dia mengucap panjang dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.



Shiqin, 27, juga tidak menyangka gambar kenangan ketika menghadiri acara hiburan bersama pembantu peribadi menjadi bahan cemuhan netizen di laman sosial dengan fitnah yang tidak masuk akal.



“Dia sentiasa menemani sejak saya kembali berlakon, malah masih bekerja dengan saya. Hubungan kami bukan lagi sekadar majikan dengan pekerja, sebaliknya sudah seperti adik-beradik.



“Mereka yang menyebar fitnah itu hanya menilai berdasarkan gambar, lantas menuduh kami lesbian. Geli saya mendengarnya,” katanya.



Pelakon yang bakal muncul dengan drama 100 episod, Jodoh-Jodoh Annisa itu berkata, dia tidak terusik dengan fitnah yang melampau itu, malah tidak takut kerana dirinya bukan seperti yang didakwa.



“Buat apa nak takut kerana saya tidak tidak pernah menjalin hubungan songsang. Mungkin pembantu peribadi saya mempunyai perwatakan lasak dan kasar, tetapi tidak bermakna kami ada hubungan serong,” tegasnya.



Graduan Sarjana Muda Sains Aktuari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, lebih keterlaluan apabila dia juga dikatakan tidak melayan hero kacak kerana memilih untuk menjalin hubungan sejenis.



“Saya tidak tahu siapa hero yang dimaksudkan. Sudah hampir lapan bulan saya terbabit dengan penggambaran Jodoh-Jodoh Annisa dan kebanyakan pelakon utama lelaki sudah berpunya.



“Saya memang tidak melayan suami orang,” katanya yang memegang watak antagonis bernama Rita dalam drama arahan Riza Baharudin itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED