Translate

20 February 2019

Papagomo tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kata Polis


Papagomo tak serang Syed Saddiq, kata polis
Bernama
-February 20, 2019 2:44 PM
Noor Rashid Ibrahim (kiri) ketika menyempurnakan istiadat penganugerahan PJPN Kontinjen Selangor, hari ini. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Siasatan awal polis mendapati Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang sebelum ini direman 3 hari bagi membantu siasatan, sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham… berlaku sikit tarik-menarik.

“Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat, hari ini.


Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 2 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 8 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 18 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Baldwin viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 56 mins ago