Translate

22 December 2017

Mangsa pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Johor Ahad lalu, selamat disemadikan



MELAKA 21 Dis. - Mayat mendiang Tan Aik Chai, mangsa pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Johor Ahad lalu, selamat disemadikan di Taman Peringatan Jelutong Funeral Parlour di Jalan Sungai Putat di sini petang ini.

Mayat mangsa yang berusia 44 tahun itu dibawa menaiki kenderaan mayat jenis Mercedez E250 CGI dari Johor kira-kira pukul 9.50 pagi dan tiba di Plaza Tol Ayer Keroh pukul 12 tengah hari ini.



Sebuah bas yang membawa ahli keluarga mangsa termasuk isterinya yang merupakan warganegara Vietnam dan anak lelaki mangsa turut tiba di negeri ini dan bergerak menuju ke taman peringatan berkenaan.


Upacara persemadian itu dihadiri kira-kira 30 orang yang berpakaian serba hitam dan putih, dipercayai ahli keluarga mangsa.


Sejurus selepas mayat dikebumikan kira-kira pukul 1 petang, mereka yang hadir bertafakur selama kira-kira dua minit diikuti upacara meletakkan kalungan bunga berhampiran tempat 
persemadian mendiang sebelum bersurai.  


Mayat mendiang sebelum ini ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor selama tiga hari sebelum dibawa ke Melaka untuk disemadikan.


Dalam kejadian pukul 7.30 malam Ahad lalu, Aik Chai diserang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta mewah BMW ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak untuk mengisi angin tayar. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mayat-mangsa-pembunuhan-kejam-selamat-disemadikan-1.577132#ixzz51wtsWMy7 





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 2 hrs ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 4 hrs 33 mins ago