Translate

25 October 2017

Akhirnya Emma Maembong memberitahu hubungan cintanya dengan Kamal Adli sudah putus.



Emma Maembong, Kamal Adli Putus Akibat Orang Ketiga
Oleh RTKY Editor
25 Oct 2017, 01:10AM


Setelah beberapa kali berdolak-dalik mengenai status sebenar hubungan mereka, akhirnya Emma Maembong memberitahu hubungan cintanya dengan Kamal Adli sudah putus. Malah difahamkan punca utama hubungan pasangan itu terbelah adalah akibat cinta lokasi diantara Kamal dan Zahirah Macwilson.



“Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami sudah putus. Rasanya cukuplah sampai di sini saja. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta”

“Sebagai pelakon, saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ diantara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi. Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu”

Disebalik penjelasan yang diberikan Emma, terselit rasa kecewanya terhadap hubungan yang sudah diberikan kepercayaan dan akhirnya musnah begitu sahaja. Jika difahami sebetulnya kenyataan Emma, Kamal dan Zahirah sepertinya tidak mengaku dengan dakwaan hubungan mereka.



“Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain. Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan”

“Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai status hubungan mereka. (rtky/w)

https://www.rotikaya.com/saya-dan-kamal-adli-sudah-putus-cinta/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 41 mins ago