Translate

25 September 2017

Lima lelaki ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di kawasan pusat hiburan










EMPAT DIBURU KES BUNUH DI PUSAT HIBURAN

Lima lelaki ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di kawasan pusat hiburan Jalan Kuhara Tawau, 17 September lalu.

Mangsa, Norajlan Norsait, 32, meninggal dunia selepas dua hari dirawat di Hospital Besar Tawau akibat parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, lima suspek lelaki berusia 28 hingga 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala empat lagi yang sedang diburu ialah Harman, 20; Ajai, 30; Fadilah Abdul Latif, 34; dan Herman Langguru, 33.

"Siasatan mendapati pada 16 September lalu, mangsa ke pusat hiburan di Jalan Kuhara bersama lima rakannya.

“Kira-kira 2 pagi, 17 September, mangsa dan rakannya keluar dari pusat hiburan berkenaan untuk pulang dan ketika berada di luar pusat hiburan itu, tiba-tiba sekumpulan lelaki (suspek) datang dan menyerang seorang rakan mangsa,” katanya yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun seorang suspek menumbuk mukanya

“Mangsa melarikan diri ke arah Jalan Kuhara namun diekori dua suspek.

"Mangsa kemudian dipukul dua suspek berkenaan di kepala namun dia sempat menyelamatkan diri sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Fadil berkata, motif kejadian akibat perselisihan faham ketika berhibur di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'President Donald Trump signs an executive order ta' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 5 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 1 hr 41 mins ago