Translate

22 March 2017

Debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri ditunda ke 7 April, jam 9.30 malam di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam


Debat Tun Mahathir – Nazri Tunda 7 April
Published on Mar 21, 2017 in Utama & Sensasi


KUALA LUMPUR – Debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ditunda ke 7 April, jam 9.30 malam di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam berikutan penganjuran sebelum ini tidak mendapat permit polis.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata berikutan lokasi penganjuran itu, pihaknya meminta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk menjadi moderator debat berkenaan.

Nazri berkata, ia adalah penghormatan untuk Ahli Parlimen Shah Alam, selain tidak mahu orang ramai mempunyai tanggapan bahawa debat itu hanya bertujuan meraih kepentingan politik jika moderator dilantik dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN). “Tun (Dr Mahathir) bagi syarat untuk saya selesaikan perkara ini menjelang jam 1 esok, termasuk mendapat persetujuan polis mengenai lokasi penganjuran.

“Bagaimanapun, sukar untuk saya penuhi syarat ini kerana polis Perak sudah mengeluarkan kenyataan bahawa debat di Kuala Kangsar tidak mendapat permit.

“Oleh itu, penganjur ada hubungi untuk tangguhkan debat ke 29 Mac ini, tetapi ia tidak dipenuhi kerana saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke India,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan meminta penganjur untuk menunda debat pada 7 April, selain diadakan di bangunan persendirian kerana ia tidak tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain itu, katanya, kutipan sumbangan kepada masyarakat Rohingya akan dibuat sempena penganjuran debat berkenaan bagi memastikan program itu mempunyai matlamat khusus dan manfaat kepada golongan memerlukan.

“Saya minta supaya orang ramai yang hadir memberi sedikit sumbangan ikhlas untuk masyarakat Rohingya supaya wacana ilmiah ini tidak dipandang serong sebagai program sia-sia.

“Apa yang saya buat sekarang adalah berdasarkan kehendak saya, iaitu untuk mewujudkan budaya dalam negara ini supaya mengadakan wacana ilmiah, berbanding menggalakkan perbalahan antara pemimpin.

“Perbalahan yang hanya berakhir dengan pergaduhan fizikal seperti ini hanya memualkan rakyat. Itu bukan budaya yang kita hendak terapkan di negara ini,” katanya. – Berita Harian


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 42 mins ago